Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April 18, 2023

Warga Indonesia disyaki bunuh isteri didakwa

KOTA KINABALU — Lelaki warga Indonesia yang disyaki menikam isterinya hingga mati di pasar sayur Kepayan, Jalan Pahlawan, minggu lalu, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini. Jedu Rudu, 42, dituduh membunuh Suria Woade, 42, yang juga warga Indonesia pada 8 April lalu antara jam 1 hingga 2.21 pagi. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun dengan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Mei. Jessica juga mengarahkan Jedu ditahan reman sementara menunggu sebutan semula kes itu kerana pertuduhan yang dihadapinya tidak menawarkan sebarang ikat jamin. Pendakwaan dikendalikan Inspektor Albert Basiri manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Terdahulu, kejadian itu dilaporkan berlaku ketika mangsa sedang membantu kakaknya menjual sayur di pasar berkenaan. Suspek kemudian tiba-tiba datang dan menikam mangsa beberapa kali menggunakan pisau sebelum melarikan diri. Suspek kemudian berjaya ditahan polis pada hari s...

Polis tahan wanita, 2 lelaki disyaki rogol, dera budak perempuan

MANJUNG — Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita yang disyaki terbabit merogol dan mendera kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun pagi semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Boo Khim, berkata penahanan itu dilakukan selepas seorang lelaki menemui mangsa di tepi jalan seorang diri dalam keadaan tidak terurus dan membawanya ke balai polis di daerah berkenaan pada jam 11.50 pagi semalam. "Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Manjung bagi tujuan rawatan. "Hasil pemeriksaan pihak perubatan mendapati, mangsa dipercayai dirogol dan didera kerana terdapat kesan kecederaan lama serta baharu pada badan mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini. Susulan itu, Boo Khim berkata, sepasukan pegawai polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menahan dua lelaki dan seorang wanita di perkarangan balai polis pada jam 9.30 malam semalam kerana disyaki terbabit dalam kes itu. "Ketiga-tiga...

Nombor plat pendaftaran 'AMY 1' dibida RM400,000

IPOH — Nombor plat pendaftaran kenderaan 'AMY 1' yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dibida sebanyak RM400,000 iaitu tertinggi sepanjang tempoh lima hari bidaan dibuka bermula 9 April lalu. Nilai bidaan itu mengatasi nombor plat kenderaan siri 'AKU' seperti AKU 8055 serta AKU 1 yang dikeluarkan pada Ogos 2017. Nombor plat AKU 8055 dibida pada harga RM74,000 manakala RM207,898.90 bagi AKU 1. Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata selepas AMY 1 nombor plat pendaftaran AMY 2 hingga AMY 9 masing-masing dibida pada harga melebihi RM80,000 setiap satu. Katanya, pihaknya berjaya mengutip hasil bidaan sebanyak RM6 juta bagi nombor pendaftaran siri 'AMY' pada sesi berkenaan yang berakhir 13 April. "Masih ada 16 sahaja nombor berbaki membabitkan nombor popular bagi siri AMY ini," katanya pada program Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 peringkat Perak di pekarangan Pasaraya Mydin Meru ...

Nenek maut ketika selamatkan cucu dilanggar motosikal

KOTA KINABALU — Seorang wanita yang cuba menyelamatkan cucunya daripada dilanggar ketika kanak-kanak itu melintas jalan, maut dirempuh motosikal di Jalan UMS, berhampiran Kampung Rampayan, Manggatal, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian jam 8.45 pagi itu, mangsa berusia 56 tahun maut akibat cedera di bahagian kepala, manakala penunggang motosikal berusia 46 tahun yang juga cedera di kepala turut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Bagaimanapun, cucu wanita terbabit berusia sembilan tahun dan pembonceng wanita berusia 47 tahun hanya cedera ringan. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menaiki motosikal bersama teman wanitanya dari arah Indah Permai menuju ke 1Borneo. Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, seorang wanita dilihat tiba-tiba melintas jalan bersama cucunya. "Penunggang motosikal itu gagal mengelak dan terus merempuh wanita terbabit seb...

JPJ kuatkuasa 7 kesalahan tak dibenarkan kompaun

KAJANG — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menguatkuasakan tujuh kesalahan yang tidak dibenarkan untuk dikompaun sempena sambutan Aidilfitri tahun ini. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolla berkata kesalahan itu adalah membabitkan memotong barisan, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Selain itu, kesalahan lain adalah tidak memakai tali pinggang atau topi keledar dan memandu di lorong kecemasan. "Turut dikuatkuasakan ialah Perintah Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan di jalan raya iaitu pada dua hari sebelum perayaan iaitu 20 dan 21 April serta dua hari selepas perayaan iaitu pada 24 dan 25 April. "Ia bertujuan mengelakkan risiko berlakunya nahas di jalan raya akibat percampuran aliran trafik antara kenderaan berat dengan kenderaan ringan selain untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang me...

Op Starlight II ATM di Turkiye harumkan nama negara

KUALA LUMPUR — Penyertaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam misi kemanusiaan ke Turkiye yang dilanda gempa bumi baru-baru ini menerima pujian dari kalangan pemimpin negara itu terutamanya Menteri Pertahanan Turkiye, HE Hulusi Akar. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata nama Malaysia menjadi sebutan dalam kalangan pemimpin Turkiye kerana mereka amat menghargai bantuan yang diberikan oleh pasukan penyelamat dan perubatan termasuk pembinaan hospital medan oleh pasukan perubatan ATM. "Semasa saya berjumpa anda di Celikhan (Adiyaman, Turkiye), tempoh hari, nama negara kita menjadi sebutan oleh kepimpinan Turkiye terutama Menteri Pertahanan, beliau sebut banyak kali. "Beliau amat gembira dengan kehadiran kita membantu dan Malaysia adalah negara pertama yang hantar pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan hospital medan ke sana meskipun keadaan masa itu dalam keadaan tidak menentu dan tertekan, namun semuanya dapat jalankan tugas dengan baik. ...

Suami cekik isteri hingga mati

KOTA KINABALU — Wanita maut dipercayai dicekik suaminya sendiri di bilik sewa di Jalan Pantai, di sini, hari ini. Kejadian itu disedari jiran pasangan itu yang terkejut apabila terdengar pertengkaran sebelum suami mangsa mengetuk pintu jiran dan meminta mereka keluar dari bangunan berkenaan, kira-kira jam 5 pagi. Jirannya kemudian menghubungi polis pada jam 8 pagi sebelum mayat wanita itu ditemui manakala suaminya berusia 30-an turut ditemui terbaring dengan kesan kelar dan luka. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama suaminya di dalam bilik sewa berkenaan. Wanita Vietnam direman 7 hari siasatan kes bunuh Katanya, mangsa dipercayai dibunuh oleh suaminya berikutan terdapat kesan lebam pada lehernya, dipercayai dicekik, selain kesan luka pada dahinya. "Kita percaya kes ini lebih kepada konflik rumah tangga antara mangsa dan suaminya kerana sebelum kejadian, jiran mangsa ter...

Pelajar tahfiz maut kemalangan ketika keluar beli baju raya

KOTA BHARU — Seorang pelajar tahfiz maut selepas van yang dinaiki bersama 11 rakan terbabas ke dalam parit di Taman Bendahara, berdekatan Jalan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa, di sini, hari ini. Wan Ahmad Izzat Alauddin Mohd Faris, 12, disahkan oleh pasukan perubatan meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas jam 11.32 pagi itu. Ketika nahas, ada 13 individu dalam van berkenaan, iaitu 12 pelajar tahfiz termasuk mangsa dan seorang pemandu. Ibunya, Wan Noor Azilah Wan Sulaiman, 48, berkata dia menerima khabar sedih menimpa anak tunggalnya melalui kumpulan WhatsApp pusat tahfiz berkenaan lalu bergegas ke lokasi yang jaraknya 15 minit dari kediamannya. Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, hatinya luluh melihat tubuh Wan Ahmad Izzat Alauddin terbaring kaku, namun tetap menguatkan semangat membuka kain yang menutupi arwah. "Sepatutnya, malam ini saya ambil Wan Ahmad Izzat pulang ke rumah untuk beraya, tetapi tuhan lebih menyaya...

Kedutaan AS ucap Selamat Hari Raya kepada umat Islam Malaysia

KUALA LUMPUR — Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia dan seluruh warga kerjanya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di negara ini. Perkongsian satu video pendek berdurasi 52 saat yang dimuat naik di laman Twitter rasmi Kedutaan AS Kuala Lumpur itu memaparkan Duta Besar, McFeeters dan seluruh warga kerjanya terdiri Pasukan Pengawal Tempatan, Pengawal Keselamatan Marin, Pejabat Perkhidmatan Am serta Bahagian Perkhidmatan Komersial Politik, Ekonomi dan Kesihatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di negara ini. Di akhir video itu, McFeeters bersama warga Pejabat Eksekutif turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dalam bahasa Melayu. "Bagi warga kerja Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, kami mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada anda semua dan keluarga. "Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin," katanya menerusi video yang dimuat naik di Twitter. BH

Tol Rahmah percuma sempena Aidilfitri dari 19-21 dan 24 April

PUTRAJAYA — Tol Rahmah percuma akan diberikan kepada pengguna lebuh raya bermula esok hingga Jumaat dan pada 24 April ini sempena sambutan Aidilfitri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, pemberian tol percuma itu membabitkan 33 lebuh raya utama negara. "Kerajaan bersetuju melaksanakan tol Rahmah percuma iaitu pengecualian tol selama empat hari untuk dinikmati semua pengguna jalan raya," katanya pada sidang media hari ini. Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan dengan usaha sama pasar raya terpilih, bersetuju untuk menawarkan harga barangan mentah seperti ayam, bawang, barang asas makanan bagi keperluan pengusaha Menu Rahmah pada kadar diskaun khas. Katanya, ia antara ikhtiar bagi menghargai sumbangan pengusaha Menu Rahmah yang sama-sama menjayakan aspirasi MADANI untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. "Kerajaan cakna dan prihatin dengan kos pengeluaran yang perlu ditanggung pengusaha bagi mendapatkan bekalan bahan mentah...

Kadar khas RM50 saman polis selama sebulan hingga 21 Mei

PUTRAJAYA — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei ini bagi semua saman trafik PDRM yang dikeluarkan pada tahun 2022 dan sebelumnya. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50 dan kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada 2023. "Walaupun begitu, PDRM komited untuk terus memastikan keselamatan jalan raya pada tahap yang optimum terutamanya pada musim perayaan. "Maka, bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya sempena Aidilfitri ini, PDRM akan melaksanakan Op Lancar pada 18 dan 19 April ini dengan memfokuskan kepada laluan yang dijangka mengalami kesesakan. "Selanjutnya, Op Selamat 20 pula akan dilaksanakan bermula 20 April ini bagi tempoh tujuh hari dengan tema 'Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi'. "Bagi tujuan ini, PDRM juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi l...

Kerajaan beri sehari cuti tambahan sempena Aidilfitri

PUTRAJAYA — Kerajaan bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan orang ramai membuat persiapan sewajarnya termasuk pulang ke kampung sempena Aidilfitri. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sekiranya 1 Syawal jatuh pada Jumaat ini, hari kelepasan am terbabit ditetapkan pada Isnin depan. "Bagaimanapun, sekiranya tarikh 1 Syawal jatuh pada Sabtu ini, maka kerajaan menetapkan hari Jumaat, 21 April sebagai hari kelepasan am tambahan. "Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan Negeri bolehlah mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh terbabit mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing," katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung hari ini. BH

Wanita tak mengaku 'joli' duit ibu saudara tiri

KUALA LUMPUR — Wanita yang didakwa mencuri dan menggunakan wang milik ibu saudara tirinya untuk membeli telefon pintar jenis iPhone 14 Pro, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan itu. Tertuduh, Nur Humaira Shanuk Haziki, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nadia Othman. Mengikut pertuduhan, Nur Humaira didakwa mencuri kad debit milik ibu saudara tirinya, yang berusia 26 tahun dan mengeluarkan wang berjumlah RM8,200 tanpa pengetahuan wanita itu. Perbuatan itu dilakukan di Regalia Residence, Chow Kit, di sini, di antara 23 Mac dan 24 Mac lalu. Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(3) akta sama, memperuntukkan denda maksimum RM150,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan pilihan pula, dia didakwa menyalahgunakan wang berkenaan yang dikeluarkan daripad...

Kerja penyelenggaraan lebuh raya diarah henti serta merta

GOMBAK — Kementerian Kerja Raya (KKR) mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya menghentikan kerja-kerja penyelenggaraan lebuh raya serta merta bermula hari ini hingga 7 Mei ini. Menteri, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata ia bagi membolehkan kelancaran aliran trafik susulan orang ramai dijangka mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri petang ini atau esok. "Semua syarikat konsesi lebuh raya lebuh raya bermula hari ini hingga 7 Mei," katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan tinjauan persiapan lebuh raya dan tol di hentian sebelah Plaza Tol Gombak Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak di sini hari ini. BH

Penyelia syarikat lesap hampir RM100,000 ditipu sindiket kerja sambilan

PASIR GUDANG — Seorang penyelia sebuah syarikat swasta kerugian lebih RM92,220 selepas ditipu sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan sambilan. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, berkata pihaknya menerima aduan berkaitan kejadian itu daripada mangsa yang berusia 41 tahun, semalam. Lelaki itu mula terpengaruh apabila sindiket berkenaan menyatakan kerja sambilan itu memberi pulangan lumayan. "Mangsa menerima pesanan ringkas pada 13 April daripada sebuah syarikat yang menawarkan kerja sambilan iaitu dengan menyiapkan tugasan, dia dijanjikan pulangan dan komisen segera. "Mangsa berminat untuk sertai sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kumpulan Telegram dan diberikan penerangan lanjut berkaitan tugasan itu. "Mangsa kemudiannya mengambil pakej menyiapkan empat tugasan dengan bayaran RM92,220. "Oleh itu, dalam tempoh 16 hingga 17 April, mangsa membuat 10 transaksi ke dalam enam akaun berbeza dengan jumlah keseluruhan RM9...

Penculik Azi kena jel 56 bulan

PASIR MAS — Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 56 bulan oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menculik wanita ejen jualan kosmetik di Kampung Semat Jal, Tumpat, September tahun lalu. Hakim, Badrul Munir Mohd Hamdy menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Hafizi Mohd Arifin, 27, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan. Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama Chek Norhafizzi Chek Nor, 31, yang sudah dituduh, dan seorang lagi yang masih bebas menculik Rosnazirah Mohd Nain, 37. Kejadian itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat jam 5.10 petang pada 13 September tahun lalu. Tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan Akta 574 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falena Abu Bakar dan tertuduh tidak diwakili peguam. Terdahulu, Hajarul Falena memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal yang boleh memberi pengajaran kep...

Pukul, bakar anjing, remaja kena 7 sebatan ringan

JOHOR BAHRU — Seorang remaja dihukum tujuh sebatan ringan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah menyebabkan kesakitan secara kejam terhadap seekor anjing, bulan lalu. Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim turut memerintahkan Braden Yap Hong Sheng, 19, yang juga orang kena saman (OKS) dilepaskan dengan bon berkelakuan baik selama setahun. Yap yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu pada 12 April lalu turut dibenarkan ikat jamin RM10,000. Che Wan Zaidi sebelum menjatuhkan hukuman, berkata mahkamah memandang berat perbuatan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan OKS. "Apa jua ancaman dilakukan oleh anjing itu terhadap kamu (OKS), kamu tidak sepatutnya bertindak kejam hanya kerana sakit hati, sepatutnya kamu membuat laporan kepada agensi penguatkuasaan untuk mereka ambil tindakan," katanya. Bagaimanapun, beliau juga berkata, mahkamah mengambil kira faktor OKS adalah pesalah muda, kesalahan pertama kali dan sudah insaf serta m...

Rasa Ramadan: Tradisi nasi talam Masjid Kapitan Keling kembali selepas tiga tahun

GEORGETOWN — Seramai 1,500 jemaah tidak melepaskan peluang menikmati nasi talam beralaskan daun pisang sempena sambutan malam ke-27 Ramadan anjuran Masjid Kapitan Keling, malam tadi. Pengerusinya, Datuk Faruk Raja Mohamed, berkata sejumlah 400 talam sajian yang terdiri daripada nasi minyak, daging masak merah, ayam masak bawang, dalca dan acar itu diedarkan kepada orang ramai usai solat terawih. "Program ini adalah antara inisiatif menghidupkan sunnah Rasulullah SAW iaitu makan secara berjemaah menggunakan talam atau dulang Insya-Allah ada keberkatan selain mengeratkan ukhuwah sesama jemaah. "Kami turut menyediakan 200 pek hidangan untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan dan orang awam selain mengadakan tahlil perdana program ceramah, qiamullail diikuti jamuan sahur dan solat Subuh secara berjemaah. "Semoga usaha kita semua menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan mendapat ganjaran Allah SWT dan meningkatkan peluang mendapatkan Lailatulqadar iait...

Pelajar cemerlang STAM mahu jadi tukang cuci Kaabah

KUALA LANGAT — Pelajar cemerlang Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah Banting yang memperoleh keputusan Mumtaz Sofi Sijil Tinggi Ama Malaysia (STAM) hari ini, menyimpan cita-cita sebagai tukang cuci Kaabah. Itu adalah kerjaya impian Muhammad Zaurein Rosman, 19, kerana mahu sentiasa melihat dan mendekatkan diri dengan rumah Allah SWT. Anak ketiga daripada empat beradik yang berasal dari Kampung Bukit Changgang, Banting, Selangor itu memperoleh gred Mumtaz (cemerlang) bagi semua 10 mata pelajaran yang diambil. "Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT atas kejayaan yang diberikan. Insya-Allah, saya merancang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. "Cita-cita saya hendak jadi tukang cuci Kaabah kerana saya hendak rapat dengan rumah Allah..sebab itu saya tertarik untuk menjadi tukang cuci Kaabah. "Saya amat sukakan suasana Kaabah dan keadaan di sekelilingnya, mendamaikan dan menenangkan hati. Ibu bapa juga tiada halangan den...