Langkau ke kandungan utama

Op Starlight II ATM di Turkiye harumkan nama negara

KUALA LUMPUR — Penyertaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam misi kemanusiaan ke Turkiye yang dilanda gempa bumi baru-baru ini menerima pujian dari kalangan pemimpin negara itu terutamanya Menteri Pertahanan Turkiye, HE Hulusi Akar.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata nama Malaysia menjadi sebutan dalam kalangan pemimpin Turkiye kerana mereka amat menghargai bantuan yang diberikan oleh pasukan penyelamat dan perubatan termasuk pembinaan hospital medan oleh pasukan perubatan ATM.

"Semasa saya berjumpa anda di Celikhan (Adiyaman, Turkiye), tempoh hari, nama negara kita menjadi sebutan oleh kepimpinan Turkiye terutama Menteri Pertahanan, beliau sebut banyak kali.

"Beliau amat gembira dengan kehadiran kita membantu dan Malaysia adalah negara pertama yang hantar pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan hospital medan ke sana meskipun keadaan masa itu dalam keadaan tidak menentu dan tertekan, namun semuanya dapat jalankan tugas dengan baik.

"Perkara ini turut disebut oleh Datuk Bandar dan Gabenor Celikhan dan ini mengharumkan nama negara kita di peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penghargaan Tim Misi Operasi Starlight II di Dewan Perkasa, WismaPerwira bagi meraikan 110 pegawai dan anggota yang mengoperasikan Hospital Medan Malaysia (HMM) bermula 15 Februari hingga 23 Mac lalu di Celikhan.

Mohamad berkata beliau mewakili kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua pegawai dan anggota yang menyertai misi HMM kerana semua menjalankan tugas dengan baik sehingga mengharumkan nama negara.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil-wakil setiap elemen perkhidmatan yang menjayakan Misi Op Starlight II antaranya Panglima Angkatan Bersama yang juga Peneraju Operasi, Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohamad Akmar Md Dom dan Pemerintah Operasi Op STARLIGHT II, Brigedier Jeneral Datuk Dr Amran Amir Hamzah.

Yang turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang,; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz, dan Duta Turkiye ke Malaysia, TYT Emir Salim Yüksel.

Selain itu, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar KhanGoriman Khan, dan Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus.

HMM memulakan pengoperasiannya pada 15 Februari membabitkan 110 pegawai dan anggota Kor Kesihatan Diraja dengan menawarkan perkhidmatan perubatan bagi tahap tiga; termasuk prosedur pembedahan kepada masyarakat setempat.

HMM juga melaksanakan Outreach Medical Program melalui pasukan yang dipanggil sebagai Forward Medical Team (FMT).

Pendekatan FMT adalah dengan mengaturgerak petugas kesihatan HMM ke rumah-rumah penduduk di sekitar Celikhan serta memeriksa warga tua dan yang lemah untuk disaring serta dibawa ke HMM untuk rawatan lanjut sekiranya perlu.

Sepanjang melaksanakan operasi HMM selama enam minggu, seramai 2,415 pesakit berjaya dirawat.

lanya termasuk 83 kes pembedahan yang berjaya dilaksanakan dan 159 pesakit yang diberikan rawatan oleh FMT. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...