Catatan

Tunjukkan catatan dari April 6, 2023

Israel pintas roket dilepaskan dari Lubnan

Imej
(Fail/AFP) JERUSALEM — Sebuah roket dilepaskan dari Lubnan ke wilayah Israel pada Khamis dan berjaya dipintas, kata tentera Israel dalam satu kenyataan. Dua sumber keselamatan Lubnan berkata terdapat dua serangan roket dari selatan Lubnan dan, tidak lama selepas itu, letusan tembakan meriam melanda selatan Lubnan. Tiada laporan segera mengenai sebarang kemalangan jiwa. Laporan itu datang pada masa ketegangan yang memuncak berikutan serbuan Israel ke atas perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis minggu ini. Penduduk di selatan Lubnan berkata mereka mendengar letupan kuat. Tiada komen segera daripada tentera Lubnan atau Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL). AN  memetik Reuters

Selebriti beli pakaian hangus, sokong mangsa kebakaran pasar Bangladesh

Imej
Pekedai menyelamatkan barangan mereka dari kedai berhampiran ketika kebakaran marak di pasar pakaian potongan harga yang popular di Dhaka, Bangladesh. (Fail/AP) DHAKA — Selebriti Bangladesh membeli pakaian hangus untuk menyokong ribuan peniaga dari pasar popular di Dhaka, yang musnah akibat kebakaran besar awal minggu ini. Kebakaran yang berlaku pada Selasa memusnahkan beribu-ribu kedai di kawasan sesak di Bangabazar, di mana pakaian jenama antarabangsa yang dikeluarkan oleh kilang pakaian tempatan dijual pada harga berpatutan selepas gagal memenuhi piawaian eksport. Persatuan Pemilik Kedai Bangladesh telah menganggarkan bahawa 5,000 kedai telah menjadi abu, dengan peniaga kehilangan segala-galanya, kerana mereka baru-baru ini menyimpan stok barangan menjelang cuti Aidilfitri menandakan berakhirnya Ramadan akhir bulan ini. Di tengah-tengah desakan kerajaan untuk menyokong, masyarakat sivil telah mengambil bahagian untuk membantu  peniaga. Yayasan Bidyanondo, salah satu organisasi k...

Lelaki maut, rakan parah ditembak ketika cari besi buruk

MERADONG — Seorang lelaki maut, manakala rakannya cedera selepas ditembak ketika masing-masing mencari besi buruk di Jalan Siew Sungai Bakong, di sini, petang semalam. Mangsa yang berusia 37 tahun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sarikei, manakala rakannya, 27, yang cedera masih dirawat di hospital sama. Seorang lagi rakan mereka berusia 32 tahun yang turut berada di lokasi ketika kejadian tidak mengalami kecederaan. Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superintendan Sekam Anoi, mengesahkan kejadian itu susulan laporan diterima pihaknya jam 6.03 petang semalam. Katanya, dua suspek yang juga anak beranak berusia 65 dan 38 tahun ditahan selepas mereka disyaki terbabit dalam insiden tembakan itu. Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan selepas mereka tampil ke Balai Polis Meradong pada hari sama untuk membuat laporan berhubung kehilangan empat besi bersaiz 40 kaki panjang dan 12 kaki lebar. Susulan itu, Sekam berkata siasatan dijalankan ke atas dua suspek itu membongkar...

Kakitangan awam Perak dapat bantuan Aidilfitri RM700

Imej
IPOH — Perak mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM700 kepada seluruh penjawat awam negeri itu selain RM500 kepada semua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata bantuan itu yang akan dibayar pada 17 April ini adalah bagi semua gred perjawatan termasuk kakitangan di bawah skim 'Contract Of Service' dan 'Contract For Service'. Ia termasuk kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), guru i'dadi, guru thanawi, guru tadika Islam, Orang Besar Jajahan (OBJ) dan pegawai sambilan harian, serta pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri. "Bantuan khas berkenaan membabitkan peruntukan RM5,631,400 dan akan memanfaatkan seramai 7,892 penjawat awam negeri Perak. "Pemberian ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam memikul tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat," katanya dalam sidang media sempena Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak dan Majlis P...

Harga ayam segar di JB cecah RM11 sekilogram

Imej
JOHOR BAHRU — Harga ayam segar di bandar raya ini dikesan melepasi harga siling, iaitu RM11 sekilogram (kg) sejak lebih sebulan lalu. Tinjauan di beberapa pasar basah utama di Pandan, Kempas dan Skudai, mendapati hampir kebanyakan peniaga ayam segar menjual hasil ternakan itu melebihi harga siling RM9.40 ditetapkan. Peniaga meletakkan tanda harga RM9.40 setiap kg ayam segar yang dijual, namun disertakan notis kecil caj RM1.60 dikenakan yang dirujuk mereka bayaran bagi khidmat pemotongan serta kos plastik. Pengguna yang mahu dikenali sebagai Shamsiah, 49, berkata dia tiada pilihan dan terpaksa membeli ayam segar walaupun terbeban dengan harganya yang mahal. Berikutan itu, katanya, dia terpaksa mengehadkan pembelian ayam segar kepada hanya dua ekor seminggu berbanding empat atau lima sebelum ini. "Memang ramai terbeban bila harga bahan mentah utama melonjak RM11 setiap kg berbanding hanya antara RM8 hingga RM9.90, akhir tahun lalu. Ramai pengguna termasuk saya sering merungut kepada...

Suspek bunuh isteri direman 7 hari

DUNGUN — Lelaki yang dipercayai membunuh isterinya menggunakan tukul besi di rumah mereka di Kampung Besol, Bukit Besi di sini, pagi semalam direman tujuh hari bagi membantu siasatan. Suspek berusia 32 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun kira-kira jam 8.40 pagi tadi dan perintah tahanan reman ke atasnya dikeluarkan oleh Majistret Noradila Ab Latif. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata polis mendapat perintah reman terhadap suspek sehingga Rabu depan. "Suspek yang bekerja sebagai buruh binaan ditahan oleh anggota polis semalam sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu," katanya. Dalam kejadian semalam, suspek dipercayai bertindak membunuh isterinya, Rubiah Sabtu, 41, dengan memukul di bahagian muka dan kepala dipercayai menggunakan tukul besi. Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi itu selepas mangsa pulang ke rumah sebaik selesai menghantar seorang anaknya di sebuah sekolah berhampiran. Suspek dipercayai bertindak demikian disebabkan ...

Penjawat awam didakwa bunuh bayi 6 bulan

IPOH — Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh bayinya di sebuah rumah di Kampung Kepayang, bulan lalu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadap Zahrul Ashrik Zulkaflee, 30, di hadapan Majistret Jesseca Daimis. Mengikut pertuduhan, Zahrul Ashrik didakwa membunuh bayi lelakinya berusia enam bulan di sebuah rumah di Hala Kepayang 4, Kampung Kepayang, Fair Park, kira-kira jam 10 malam pada 17 Mac lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syahirah Azahar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah kemudian menetapkan 12 Jun depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan. BH

Jengkaut terbalik, 2 pekerja warga Bangladesh maut

Imej
IPOH — Dua pekerja warga Bangladesh maut selepas jengkaut yang dikendalikan mereka terbalik ketika sedang melakukan kerja pengkuarian di sebuah kuari di Keramat Pulai, Kampung Kepayang, Simpang Pulai, di sini, malam tadi. Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, Mohd Sapri Yeop Mohammad, berkata sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan melalui Pusat Gerakan Operasi (PGO) jam 8.17 malam tadi. Beliau berkata, mangsa yang maut adalah dua lelaki warga Bangladesh berusia antara 30 hingga 40 tahun. "Kemalangan membabitkan sebuah jengkaut yang terbalik ketika sedang melakukan kerja di kuari itu yang mana terdapat dua mangsa terperangkap. "Anggota bomba yang tiba di lokasi mengeluarkan mayat mangsa menggunakan peralatan khas, selain bantuan jengkaut lain milik pihak kilang di kuari berkenaan. "Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 9.55 malam," katanya dalam satu ken...

Jurujual dituduh pandu melulu hingga sebabkan kematian

Imej
BATU PAHAT — Seorang jurujual mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki di Parit Sulong, di sini, Isnin minggu lalu. Tan Min Chun, 32, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Parit Jalil, Parit Sulong, di sini pada 3.30 petang 27 Mac, dengan memandu kenderaan jenis Mazda CX5 secara melulu sehingga menyebabkan kematian Mohd Kamarul Shahril A Samad, 43. Dia dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda tidak lebih RM50,000, selain hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khalijah Khalid menawarkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh, namun peguam, Tan Song Yan yang mewakili Min Chun memohon ia dikurangkan atas alasan anak guamnya masih menanggung isteri dan anak berusia setahun selain menjaga ibu sudah berusia....

Bantuan Khas Aidilfitri RM1,500 kepada penjawat awam Pulau Pinang

Imej
GEORGETOWN — Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Aidilfitri sebanyak 0.75 gaji bulanan atau minimum RM1,500 kepada semua kakitangan awam negeri itu. Ketua Menteri Chow Kon Yeow dalam satu kenyataan hari ini, berkata bantuan berkenaan diluluskan menerusi Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) semalam. Beliau berkata, pembayaran akan dibuat pada 17 April ini yang turut membabitkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri. "Sebagai tambahan, BKK berjumlah RM300 masing-masing turut disalurkan kepada penyelia dan guru Kelas al-Quran serta Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR) dan guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR). "Ia turut membabitkan kakitangan SRAR, SMAR dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), guru tahfiz, pondok dan tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang," katanya. Kon Yeow berkata, bayaran BKK berkenaan dianggarkan membabit...

Rasa Ramadan: Burasak, lepat loi juadah pilihan untuk berbuka, hidangan hari raya

Imej
(Foto NSTP) PONTIAN — Makanan tradisi masyarakat Bugis, 'burasak' dan 'lepat loi' yang dahulunya hanya boleh ditemui ketika sambutan Aidilfitri dan Aidiladha, kini semakin mudah diperoleh dan boleh ditempah pada bila-bila masa. Antara pewaris kekal menghasilkan juadah berkenaan ialah pasangan suami isteri, Ismail Ibrahim, 63, dan Saenah Nurong, 63, dari Pekan Nanas, di sini, menerusi perusahaan dinamakan mereka 'Burasak Abah'. Pasangan itu yang sudah mengusahakan menu istimewa Bugis berkenaan sejak lebih 10 tahun lalu, biasanya menjual lebih 20,000 burasak dan lepat loi semasa Ramadan dan Syawal yang dihasilkan di kedai mereka. Menurut Saenah, pada permulaan, mereka memasak burasak dan lepat loi hanya untuk hidangan keluarga pada sambutan perayaan utama umat Islam. "Namun selepas mencuba, ramai saudara-mara mula menempah setiap kali Ramadan dan Syawal, bermula hanya 20 atau 30 bungkus, kini mencecah lebih 20,000 bungkus setiap kali bulan puasa dan hari raya...

Lelaki Brazil bunuh 4 kanak-kanak dengan kapak di pusat jagaan

Imej
Perkarangan tempat kejadian selepas serangan maut ke atas kanak-kanak di Blumenau, Santa Catarina, Brazil, Rabu 5 April 2023. (Patrick Rodrigues/Portal NSC Total melalui AP) BLUMENAU, Brazil — Seorang lelaki dengan kapak menceroboh masuk ke pusat jagaan harian di Brazil, membunuh empat kanak-kanak, kata pihak berkuasa, dalam serangan yang menggegarkan negara itu dan memberi tekanan kepada kerajaan untuk mengekang gelombang keganasan yang semakin meningkat. Sekurang-kurangnya empat kanak-kanak lain cedera dalam serangan di Blumenau, bandar berpenduduk 366,000 di selatan Brazil, berhampiran pantai Atlantik. Penyerang, yang masuk ke dalam dengan melompat ke atas tembok, menyerahkan diri di balai polis, kata pegawai. Dia nampaknya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pusat itu, yang menawarkan perkhidmatan taska, pendidikan prasekolah dan aktiviti selepas sekolah. Mangsa yang mati berusia antara 5 dan 7 tahun, kata pihak berkuasa. Pihak berkuasa sedang mencari motif, kata detektif polis ...

Puting beliung Missouri mengorbankan sekurang-kurangnya 5, kemusnahan meluas

Imej
Foto oleh Peronda Lebuhraya Negeri Missouri dan diambil dengan dron semasa meninjau kerosakan akibat puting beliung yang melanda tenggara Missouri pada awal Rabu, 5 April 2023. (Peronda Lebuhraya Negeri Missouri melalui AP) GLEN ALLEN, Mo. — Puting beliung melanda tenggara Missouri sebelum subuh pada Rabu, mengorbankan lima orang dan menyebabkan kemusnahan meluas sebagai yang ketiga dalam siri ribut besar membawa maut sejak dua minggu lalu melanda pusat negara itu. Peramal cuaca sentiasa berwaspada terhadap cuaca yang lebih ekstrem kerana musim ribut teruk awal tahun ini berterusan. Ribut telah menimbulkan berpuluh-puluh puting beliung, terutama di Selatan dan Barat Tengah, yang telah membunuh sekurang-kurangnya 63 orang. Pada hujung minggu lalu, puting beliung yang disahkan atau disyaki di sekurang-kurangnya lapan negeri memusnahkan kawasan kejiranan di seluruh pelosok negara. Puting beliung Missouri mendarat sekitar 3:30 pagi Rabu dan bergerak melalui kawasan luar bandar Bollinger Co...

Banjir ancam penduduk di Yaman

Imej
(Foto AP) AL-MUKALLA — Sekurang-kurangnya lima orang maut akibat banjir kilat berikutan hujan lebat minggu ini di wilayah selatan, tengah dan barat Yaman, kata media tempatan dan pegawai. Tiga orang lemas dan dua lagi diselamatkan selepas sebuah bas dihanyutkan air banjir di daerah Bayhan di wilayah selatan Shabwa. Jalan raya dan ladang turut musnah akibat banjir di wilayah itu. Penduduk tempatan pada Rabu menemui mayat seorang askar yang maut apabila kenderaannya ditenggelami air banjir berhampiran Ahwar di wilayah selatan Abyan. Dua askar dalam kenderaan yang sama melarikan diri tanpa cedera. Sekurang-kurangnya dua orang lagi dihanyutkan di selatan Yaman. Video media sosial menunjukkan pemandu bas Yaman cuba menyeberangi jalan yang dinaiki air di beberapa wilayah, mengabaikan amaran supaya tidak meletakkan nyawa dalam bahaya. Sekurang-kurangnya 20 rumah di Al-Haraziyah, Al-Uliyah dan Taiz sebahagiannya dirobohkan atau ditenggelami banjir kilat, menyebabkan penduduk terpaksa meninggal...

Tindakan keras polis Israel di Al-Aqsa menimbulkan ketegangan

Imej
Polis Israel berjalan di dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada awal 5 April 2023 selepas pertempuran meletus semasa Ramadan. (AFP) RAMALLAH — Ketegangan semakin memuncak di wilayah Palestin pada Rabu selepas polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada waktu subuh, membelasah dan menahan berpuluh-puluh jemaah dengan teruk. Pegawai dilaporkan mencederakan kira-kira 50 orang, memusnahkan Klinik Perubatan Al-Aqsa, menghalang ambulans daripada sampai ke lokasi untuk membantu mangsa yang cedera serta memecahkan tingkap dan pintu di masjid. Bulan Sabit Merah Palestin berkata pasukannya di Baitulmaqdis menangani 12 kecederaan semasa pertempuran berhampiran masjid dan di luar tembok kota. Tiga orang telah dibawa ke hospital dan 25 orang yang mengalami kecederaan telah ditangkap dan kemudian dibebaskan dari pusat tahanan Israel. Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis adalah tapak ketiga paling suci dalam Islam, selepas Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah. Solat Tarawih di...

Kapal kargo ke Ukraine karam di luar pantai Turki: 3 maut

Imej
(Reuters/Fail) ANKARA — Sebuah kapal kargo berbendera Guinea-Bissau dengan 14 anak kapal tenggelam di pantai Mediterranean Turkiye pada Rabu, mengorbankan sekurang-kurangnya tiga daripada mereka. Lima orang diselamatkan manakala usaha diteruskan untuk mencari kru lain yang hilang, kata pegawai dan laporan berita. Kapal Joe 2 tenggelam di luar pantai Kumluca, di wilayah Antalya, semasa menuju ke Ukraine dari pelabuhan Turki Iskenderun, kata Gabenor Ersin Yazici. Ia mengangkut aluminium, menurut Agensi Anadolu yang dikendalikan kerajaan. Punca kapal itu karam tidak diketahui dengan segera. Siasatan telah dilancarkan oleh pejabat ketua pendakwa raya untuk Kumluca. Komando Pengawal Pantai Turki berkata ia menerima panggilan kecemasan pada 3:47 pagi dan menghantar sebuah kapal, beberapa bot dan dua helikopter. Dua anak kapal diselamatkan oleh helikopter pengawal pantai manakala tiga lagi diselamatkan oleh kapal lain di kawasan itu, katanya. Semua anak kapal adalah warga Syria. Usaha menyela...

Mesir kecam pencerobohan Israel di Al-Aqsa

Imej
Rakyat Palestin melaungkan slogan ke arah pasukan keselamatan Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, pada 5 April 2023. (AFP) KAHERAH — Mesir mengecam polis Israel kerana menyerbu Masjid Al-Aqsa dan menuntut serangan ke atas jemaah dihentikan serta-merta. Polis Israel memasuki Masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis sebelum subuh pada Rabu dan bertempur dengan jemaah, mencetuskan reaksi marah daripada penduduk Palestin. Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Luar, Mesir mengutuk, “dalam terma paling kuat, polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa Al-Sharif dan serangan terang-terangan yang disertainya yang menyebabkan banyak kecederaan dalam kalangan jemaah, termasuk wanita, melanggar semua undang-undang dan norma antarabangsa.” Ia berkata bahawa "adegan yang menjijikkan dan tercela dan pelanggaran berulang Israel terhadap kesucian tempat-tempat suci menyemarakkan perasaan kemarahan dalam kalangan semua rakyat Palestin, umat Islam, dan orang-orang...di seluruh dunia....