Sekurang-kurangnya 12 maut dalam kejadian tembakan di Pantai Bondi, Sydney
Sekurang-kurangnya 12 orang dilapor maut selepas kejadian tembakan di Pantai Bondi, Sydney pada Ahad. Salah seorang pesalah adalah antara yang maut dan seorang lagi sedang ditahan, menurut Xinhua memetik Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) memetik Minns sebagai berkata. Pesuruhjaya Polis NSW, Mal Lanyon, mengisytiharkan serangan itu sebagai "insiden pengganas". Perkhidmatan ambulans negeri dilapor berkata 16 orang telah dibawa ke hospital, dengan beberapa yang lain dirawat di tempat kejadian. Seorang lelaki bersenjata kedua adalah antara mereka yang dibawa ke hospital. Sekurang-kurangnya dua pegawai polis juga cedera. Menurut Xinhua, televisyen Nine Network melaporkan bahawa sehingga 20 orang telah ditembak. Pihak berkuasa dilapor berkata, tiada lagi ancaman aktif tetapi menggesa orang ramai untuk mengelakkan kawasan itu. Salah seorang lelaki bersenjata itu ialah Naveed Akram dari Bonnyrigg di barat daya Sydney, Xinhua memetik laporan ABC, memetik seorang pegawai penguatkuas...