MADRID – Dua lelaki maut dan 10 lagi cedera selepas kebakaran di sebuah restoran di ibu kota Sepanyol, Madrid, kata perkhidmatan kecemasan pada Sabtu. Kebakaran bermula lewat malam Jumaat di Burro Canaglia Bar&Resto, sebuah restoran Itali di kawasan tengah Salamanca. Seorang saksi memberitahu akhbar El Pais bahawa kebakaran bermula selepas seorang pelayan sedang membakar hidangan dan api membakar siling dan dinding. Pengunjung bergelut untuk melarikan diri ketika kebakaran bermula berhampiran pintu keluar utama, kata perkhidmatan kecemasan. Polis Sepanyol sedang menyiasat punca kebakaran. Reuters
Gerbang Berita Anda