Bazar Ramadan di Kuching — Foto NSTP KUCHING — Baru seminggu beroperasi, ada peniaga bazar Ramadan di sekitar bandar raya ini sudah gulung tikar kerana hasil jualan tidak mampu menampung modal serta sewa tapak niaga. Puncanya kerana jumlah bazar Ramadan meningkat mendadak berbanding beberapa tahun sebelum ini sehingga ada yang menyifatkan 'bazar kini lebih banyak daripada pembeli'. Ramadan tahun ini, lebih 20 bazar Ramadan dibuka di tiga kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) sekitar Kuching iaitu di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP). Antara bazar Ramadan itu ialah di Bandar Baru Samariang, Sukma Ria, Pasar Tani Demak Laut, Plaza Astana, Semarak, Medan Niaga Satok, Matang Mall, Stadium Negeri, Stutong, E-Mart Matang, E-Mart Batu Kawa, Pine Quare, PCC Demak, Satok, Kota Sentosa, Metro City dan Taman Allamanda. Malah ada juga bazar Ramadan dibuka di kawasan kuarters kediaman pasukan keselamata...