Langkau ke kandungan utama

Bazar banyak, pengunjung sikit


Bazar Ramadan di Kuching — Foto NSTP

KUCHING — Baru seminggu beroperasi, ada peniaga bazar Ramadan di sekitar bandar raya ini sudah gulung tikar kerana hasil jualan tidak mampu menampung modal serta sewa tapak niaga.

Puncanya kerana jumlah bazar Ramadan meningkat mendadak berbanding beberapa tahun sebelum ini sehingga ada yang menyifatkan 'bazar kini lebih banyak daripada pembeli'.

Ramadan tahun ini, lebih 20 bazar Ramadan dibuka di tiga kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) sekitar Kuching iaitu di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

Antara bazar Ramadan itu ialah di Bandar Baru Samariang, Sukma Ria, Pasar Tani Demak Laut, Plaza Astana, Semarak, Medan Niaga Satok, Matang Mall, Stadium Negeri, Stutong, E-Mart Matang, E-Mart Batu Kawa, Pine Quare, PCC Demak, Satok, Kota Sentosa, Metro City dan Taman Allamanda.

Malah ada juga bazar Ramadan dibuka di kawasan kuarters kediaman pasukan keselamatan seperti polis dan kem tentera, selain ramai peniaga membuka gerai jualan persendirian di tepi jalan dan di kedai-kedai makan.

Tinjauan mendapati di beberapa kawasan, jarak satu bazar dengan bazar yang lain hanya dalam radius satu kilometer.

Di Batu Kawa misalnya, terdapat tiga bazar Ramadan dibuka berdekatan antara satu dengan yang lain iaitu di Pine Square, E-Mart dan berdekatan kedai Ninso.

Begitu juga dengan bazar Ramadan di Stadium Negeri yang terletak berdekatan dengan bazar Ramadan di Taman Sukma serta bazar Ramadan di tapak letak kereta Mydin.

Berikutan kedudukan bazar berdekatan selain jumlah terlalu banyak, penduduk bandar raya ini yang berjumlah kira-kira 900,000 mempunyai terlalu banyak pilihan.

Seorang peniaga di Bazar Ramadan Satok, Noraida Kassim, berkata setiap hari ramai peniaga merungut kerana banyak jualan tidak dapat dihabiskan.

Berikutan itu katanya, beliau yang berkongsi dengan rakan-rakannya berniaga makanan terpaksa mengehadkan jumlah jualan bagi mengelak menanggung rugi.

"Ramai peniaga di Bazar Ramadan Satok yang gagal menghabiskan jualan menghantar makanan ke masjid untuk disedekahkan.

"Sekurang-kurangnya mereka tidak membuangnya begitu sahaja, tetapi agak menyedihkanlah kerana ramai yang menanggung kerugian," katanya.

Sementara itu, seorang bekas peniaga yang enggan namanya disiarkan berkata, dia hanya mampu bertahan selama enam hari selepas membuka gerai makanan di Bazar Ramadan PCC Demak bermula 23 Mac lalu.

"Ketika mula berniaga, saya mengharapkan mampu memperolehi sedikit keuntungan dalam keadaan ekonomi tidak menentu sekarang.

"Namun jangkaan saya itu ternyata meleset. Bukan untung yang dapat, malah saya mengalami kerugian kerana hasil jualan tidak mampu menampung modal dan bayaran sewa tapak," katanya.

Menurutnya, jumlah pengunjung di bazar Ramadan itu terlalu sedikit mungkin kerana ramai yang sudah singgah di bazar lain sepanjang perjalanan sebelum melalui PCC Demak. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...