Gambar fail pada 10 Februari 2021, Sister Andre Lucile Randon berdoa atas kerusi roda pada malam hari lahirnya ke-117 di Toulon, tempat dia tinggal sejak 2009 - (AFP) MARSEILLE — Orang tertua di dunia, biarawati Perancis Lucile Randon, meninggal dunia pada usia 118 tahun, seorang jurucakap memberitahu AFP pada Selasa. Randon, dikenali sebagai Sister Andre, dilahirkan di selatan Perancis pada 11 Februari 1904, ketika Perang Dunia I masih tinggal satu dekad lagi. Dia meninggal dunia dalam tidurnya di rumah jagaannya di Toulon, kata jurucakap David Tavella. “Ada kesedihan yang amat sangat tetapi… itu adalah hasratnya untuk menyertai abang tercintanya. Baginya, ia adalah pembebasan,” kata Tavella, dari rumah jagaan Sainte-Catherine-Laboure, kepada AFP. Randon telah menjadi orang tertua yang disahkan hidup di dunia sejak 19 April 2022, selepas kematian Kane Tanaka (2 Januari 1903 – 19 April 2022) seorang kelahiran Jepun yang kematiannya pada usia 119 tahun dan 107 hari. ...
Gerbang Berita Anda