MELAKA — Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua tuduhan iaitu mengelar ibu dan adik kandungnya dengan pisau pemotong daging, tiga minggu lalu. Muhammad Hidayat Abu Samad, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail. Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap ibunya, Sapiah Abdul Kadir, 49, dengan menggunakan pisau pemotong daging. Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di rumah No 1, Jalan BLI, Taman Bukit Larang Indah, kira-kira jam 10 malam pada 10 Mac lalu. Pertuduhan kedua pula pada tarikh, masa dan di tempat sama, Muhammad Hidayat didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap adiknya, Noor Iman Dania, 11, dengan menggunakan senjata sama. Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 40 tahun dan denda atau sebat. Timbala...