Langkau ke kandungan utama

Lewat buka sempadan punca Malaysia di tangga 32 ranking daya saing dunia

KUALA LUMPUR — Kelewatan pembukaan semula sempadan antarabangsa adalah faktor utama penurunan kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) 2022.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata trend penurunan ranking WCR jelas dilihat kepada negara yang lewat membuka semula sempadan antarabangsa akibat pandemik COVID-19 yang menyaksikan Malaysia berada pada kedudukan ke-32 dalam WCR IMD 2022, turun tujuh tangga berbanding tangga ke-25 pada 2021.

Beliau berkata, jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan Eropah, Malaysia mengambil langkah berhati-hati sebelum membuat keputusan membuka semula sempadan antarabangsa pada 1 April 2022 dengan mengambil kira dari segi mengimbangi nyawa rakyat dan kelangsungan hidup rakyat.

"Berikutan kelewatan itu berbanding negara lain, menyebabkan kedudukan Malaysia dalam ranking Daya Saing Global jatuh," katanya pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) berhubung faktor menyebabkan penurunan ranking Malaysia dalam WCR IMD.

Tengku Zafrul berkata, antara faktor lain adalah persepsi komuniti perniagaan tempatan dan antarabangsa terhadap peraturan dan undang-undang yang dilihat sebagai kekangan serta kurang mesra perniagaan.

Sehubungan itu, beliau berkata, MITI sedang memperhalusi cadangan memudahkan perniagaan bagi membantu syarikat tempatan dan luar negara yang ingin melabur di Malaysia. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Menteri pendidikan Serbia letak jawatan kerana tembakan di sekolah

BELGRADE — Menteri Pendidikan Serbia Branko Ruzic meletak jawatan pada Ahad berikutan kejadian tembakan minggu lalu di sebuah sekolah rendah di mana lapan kanak-kanak dan seorang pengawal keselamatan terbunuh, di tengah-tengah kemarahan orang ramai mengenai perkara itu dan satu lagi tembakan besar-besaran hanya sehari kemudian. Negara itu terkejut dan berduka atas dua tembakan; pembunuhan beramai-ramai di sekolah di ibu negara pada Rabu dan amuk di luar bandar pada Khamis yang mengakibatkan lapan orang maut. Suspek dalam kedua-dua kes - masing-masing seorang lelaki berusia 13 tahun dan seorang lelaki berusia 20 tahun - berada dalam tahanan. Parti pembangkang, yang menyalahkan kerajaan Perdana Menteri Ana Brnabic kerana gagal menghalang dua amuk itu, telah menyeru penyokong untuk menyertai perarakan antikerajaan pada petang Isnin di Belgrade. Mereka antara lain menuntut peletakan jawatan Ruzic. “Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dan dibesarkan dengan baik, se...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...