KUALA LUMPUR — Bekas Timbalan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sepang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan meminta suapan RM4,800 berkaitan Program Dana Jaminan Makanan Tahun 2021. Bagaimanapun, tertuduh, Mohd Asyraf Mohd Fauzi, 36, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin. Mengikut pertuduhan, beliau sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi Gred E29 di PPK Sepang ketika itu, memperoleh suapan wang tunai RM4,800 daripada seorang lelaki berumur 39 tahun melalui akaun CIMB miliknya sebagai dorongan bagi membantu syarikat Giching Maju Enterprise mendapatkan kerja pembersihan dan pembekalan anak benih tebu telur berhubung Program Dana Jaminan Makanan Tahun 2021: Projek Pertanian Organik Tebu Telur daripada PPK Sepang. Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Sentul Raya di sini, pada 10 November 2021 hingga 31 Disember 2021, mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mala...
Gerbang Berita Anda