Langkau ke kandungan utama

Harga daging tempatan ditetapkan RM41 sekilogram

BESUT — Harga daging lembu tempatan kecuali bahagian batang pinang ditetapkan pada RM41 sekilogram di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata ia bagi mengawal kenaikan harga bekalan daging secara mendadak pada musim perayaan ini.

Katanya, bagi daging kerbau import pula, ia ditetapkan kepada RM20 sekilogram.

"Bagaimanapun terpulang kepada peniaga untuk menjual lebih rendah sama ada kurang RM2 atau RM3 daripada yang ditetapkan dalam pasaran," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Kasih Ramadan dan Sumbangan Agihan Wakalah Zakat Korporat Suruhanjaya Syarikat Mlaaysia (SSM) dengan kerjasama Pertubuhan Kami Peduli Besut dan Pasar Raya PXR di Pekan Jabi, sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah KPDN Terengganu, Saharuddin Mohd Kia.

Pada majlis itu diagihkan Wakalah Zakat Korporat SSM berjumlah RM50,000 kepada 250 penerima asnaf serta bakul Rahmah sumbangan Pasar Raya PXR.

Salahuddin berkata, pengguna boleh membuat aduan sekiranya mendapati harga barangan di bawah SHMMP dijual lebih mahal daripada ditetapkan.

"Aduan perlu lengkap seperti berlaku di mana, nama kedai, bila berlaku dan beberapa soalan lain.

"Namun kita berharap peniaga dapat bekerjasama mematuhi arahan ditetapkan untuk mengelak mereka dikenakan tindakan saman terutamanya ketika mahu menyambut hari raya ini," katanya.

Mengulas kouta minyak subsidi, Salahuddin berkata, keputusan Kabinet dan kementerian masih mengekalkan kuota minyak masak bersubsidi 60,000 tan metrik sebulan.

"Keputusan dasar pengurangan atau peningkatan kouta subsidi minyak akan dibuat Kabinet atau kementerian sendiri.

"Kita pernah cuba untuk memohon meningkatkan kuota, tetapi masih menunggu jawapan pihak berkaitan," katanya. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...