TEHRAN — Seorang ulama Iran berpengaruh, ahli Perhimpunan Pakar yang memilih pemimpin tertinggi negara itu, telah terbunuh dalam serangan bersenjata, kata pegawai hari ini. “Ayatollah Abbas Ali Soleimani terbunuh pagi ini dalam serangan bersenjata…penyerang juga telah ditangkap dan kini sedang disiasat,” lapor agensi berita IRNA, memetik pegawai politik dan keselamatan untuk wilayah Mazandaran utara di mana serangan itu berlaku. Serangan itu berlaku di sebuah bank di bandar Babolsar, kata pegawai itu. “Motif penyerang masih belum jelas dan akan diumumkan selepas ia dijelaskan,” tambah pegawai itu. Gabenor wilayah Mazandaran Mahmoud Hosseinipour berkata penyerang adalah anggota keselamatan tempatan bank itu. "Setakat ini, maklumat dan dokumen kami menunjukkan bahawa ini bukan tindakan keselamatan atau pengganas," kata Hosseinipour kepada televisyen kerajaan. Soleimani, 75, sebelum ini merupakan wakil Pemimpin Tertinggi negara itu Ayatollah Ali Khamenei...