BERLIN — Tiga pesawat tentera Rusia yang terbang tanpa isyarat transponder telah dipintas di ruang udara antarabangsa di Laut Baltik, kata Luftwaffe Jerman pada Rabu.
Jerman dan Britain menghantar jet Eurofighter untuk mengenal pasti dua pesawat pejuang Sukhoi Su-27 dan satu pesawat Ilyushin Il-20, kata tentera udara Jerman di Twitter.
Ia menyiarkan beberapa imej pesawat Rusia di tengah penerbangan.
Pesawat tentera Rusia kerap terbang dari tanah besar Rusia ke Kaliningrad dan kembali, bermakna bahawa pertemuan seperti itu adalah rutin di rantau ini.
Jerman menyerahkan tanggungjawab untuk misi kepolisan udara Baltik NATO kepada Britain awal bulan ini. Sekutu NATO turun padang untuk melindungi ruang udara di sana kerana Lithuania, Latvia dan Estonia tidak mempunyai jet pejuang mereka sendiri. AN memetik Reuters