Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April 15, 2023

Hanya yang mencurigakan akan ditahan, diperiksa polis - KPN

Acryl Sani pada program Singgah Sahur bersama pegawai dan anggota MPV dan URB, Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di ibu negara, pagi tadi. (Foto NSTP) KUALA LUMPUR — Pemeriksaan serta penahanan yang dilakukan pihak polis akan menyasarkan terhadap individu yang disyaki melakukan kesalahan dan bukannya dilakukan secara semberono. Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata ia adalah bagi menghakis stigma dan pandangan negatif masyarakat apabila melihat polis melakukan pemeriksaan dan penahanan di tempat awam. Katanya, saranan ini ditujukan kepada semua yang melakukan penguatkuasaan pasukan terutama Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Unit Kereta Peronda Polis (MPV), anggota Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik dan anggota rondaan jalan kaki. "Kita nak hapuskan perasangka dan stigma negatif masyarakat terhadap polis, supaya apabila unit-unit penguatkuasaan polis ini menahan dan melakukan pemeriksaan terhadap sesebuah kenderaan atau pejalan kaki, maka masyarakat akan sedar...

Pelajar maut motosikal terbabit nahas dengan kereta

KOTA BHARU — Seorang pelajar Tingkatan Tiga maut, apabila motosikal ditunggangnya terbabit nahas dengan sebuah kereta Perodua Viva, berhampiran Kilometer (KM) 10.4 Lebuhraya Kota Bharu-Ketereh, di sini, malam tadi. Dalam kejadian jam 10.15 malam itu, mangsa Muhammad Aqil Rifqi Mohd Suhaimi, 15, yang menunggang motosikal Honda EX5, maut di lokasi akibat cedera di kepala dan dada, manakala pemandu kereta seorang lelaki berusia 41 tahun tidak cedera. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian Perodua Viva dari arah Pasir Hor, menghala ke Ketereh melalui lebuh raya itu. Katanya, sebaik sampai di lokasi kejadian, secara tiba-tiba beberapa motosikal termasuk yang ditunggang mangsa cuba memotong kereta. "Bagaimanapun, mangsa gagal mengawal motosikalnya dan terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan dia terjatuh dan terseret di lokasi kemalangan. "Mangsa tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia ...

Berhenti kerja 24 jam selepas langgar mati 2 gadis

TANJUNG MALIM — Seorang pemandu lori ditahan selepas disyaki terbabit kes langgar lari yang menyebabkan kematian dua wanita di Kilometer 121 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara berhampiran Kampung Kelawar, dekat sini, pada 29 Mac lalu. Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata suspek, 30, ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Muallim berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat di Melaka kira-kira jam 11.57 malam tadi. Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku menyebabkan kemalangan berkenaan ketika sedang membuat pusingan U di lokasi kemalangan terbabit. "Suspek juga mengaku menghantar notis berhenti kerja 24 jam kepada majikan sehari selepas kejadian. "Kita juga menahan sebuah treler jenis Volvo di Kerling, Selangor yang mana pemeriksaan menemukan kesan bengkok dan cat tertanggal pada penghadang besi sebelah kanan tengah kenderaan berat itu," katanya melalui kenyataan. Mohd Hasni berkata, s...

Wanita menangis atas jambatan

PUTRAJAYA: Tindakan pantas orang awam berjaya memujuk seorang wanita dalam keadaan menangis di atas Jambatan Wawasan, Presint 2, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata pihaknya mengesan satu hantaran TikTok menerusi akaun Edywoo mengenai seorang wanita berada di atas jambatan itu dalam keadaan menangis dan mencurigakan, semalam. "Bertindak atas maklumat selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai, Unit Kereta Peronda Polis (MPV) bergerak ke lokasi dan membawa wanita itu ke Balai polis Presint 7 untuk siasatan lanjut. "Hasil siasatan dilakukan mendapati wanita berkenaan yang juga suri rumah berusia 30-an pergi ke jambatan itu kira-kira 11 pagi, semalam," katanya dalam kenyataan, hari ini. Asmadi berkata, orang awam yang melalui jambatan itu dikatakan melihat wanita berkenaan dalam keadaan menangis jam 11.40 pagi, sebelum berjaya memujuknya. "Soal siasat terhadap mangsa mendapati wanita itu mengala...

Pelajar Tingkatan Tiga maut kemalangan

SABAK BERNAM — Seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki sekumpulan lima penuntut Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) di Jalan Parit Baru, Sungai Tengar, di sini, malam tadi. Dalam nahas jam 9.50 malam itu, mangsa berusia 15 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata kemalangan membabitkan sebuah motosikal Yamaha Y100 ditunggang pelajar terbabit dengan sebuah MPV Perodua Alza. "Siasatan awal mendapati mangsa dari Bagan Nakhoda Omar (BNO) ke Sabak, manakala Perodua Alza dinaiki lima penuntut PSIS pula dari Sabak ke BNO. "Apabila tiba di lokasi kejadian, penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan Perodua Alza dan melanggar bahagian kiri hadapan MPV terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini. Agus Salim...

Gadis OKU jadi sasaran nafsu liar pengawal keselamatan

NILAI — Seorang remaja perempuan berstatus orang kurang upaya (OKU) menempuh detik hitam apabila menjadi mangsa nafsu liar seorang pengawal keselamatan sebuah pangsapuri di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa yang berusia 14 tahun mendakwa dicabul pengawal keselamatan yang bertugas di pangsapuri tempat tinggalnya. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim, berkata mangsa dikatakan dicabul ketika diiringi suspek ke kediaman yang didiami bersama saudaranya dari lif pangsapuri terbabit. "Pada jam 6.23 petang semalam, kaunter pertanyaan Balai Polis Nilai terima aduan daripada seorang kanak-kanak perempuan berumur 14 tahun yang mendakwa dicabul seorang pengawal keselamatan sebuah pangsapuri yang terletak di Nilai. "Siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 4 petang semalam. Mangsa yang ketika itu sedang berbual dengan rakan mangsa di hadapan lif, didatangi seorang lelaki iaitu pengawal keselamatan di pangsapuri itu. "Peng...

Kanak-kanak autisme hilang ditemukan lemas di sungai

KUCHING — Kanak-kanak autisme berusia tujuh tahun yang disedari hilang di Kampung Bunga Rampai, Jalan Batu Kitang di sini, semalam ditemukan lemas di sungai kampung terbabit hari ini. Mayat Andrine Johnnes ak Anne dijumpai jam 12.15 tengah hari tadi selepas ditemukan terapung di sungai terbabit oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR). Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengesahkan penemuan itu selepas pihaknya bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengesan satu objek mencurigakan dalam keadaan timbul tenggelam di permukaan sungai. "Apabila dihampiri, objek terbabit disahkan mayat kanak-kanak yang masih berpakaian sebelum disahkan sebagai mangsa yang hilang oleh keluarga," katanya. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang semalam, mangsa disedari hilang dari rumahnya sebelum laporan dibuat jam 9.13 malam dan SAR digerakkan. Difahamkan mangsa selama ini...

Jenazah dua kanak-kanak lemas dikebumi hari ini

SEGAMAT — Jenazah dua kanak-kanak lelaki mangsa lemas di Sungai Pulau Jering di Kampung Bukit Tunggal, di sini, semalam, dikebumikan, hari ini. Jenazah Ahmad Muhammad Ibnu Hermee, 12 dan Muhammad Khalifi Kamaruzaman , 13, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Bukit Tunggal, selepas solat zohor. Bapa mangsa, Hermee Latim, 47, berkata mereka sekeluarga reda dengan pemergian anaknya itu. "Alhamdulillah, Allah SWT memudahkan segala urusan daripada proses bedah siasat hinggalah pengebumian jenazah arwah," katanya. Kira-kira 250 penduduk kampung dan sanak saudara berada di kawasan tanah perkuburan berkenaan. Dua kanak-kanak itu ditemui lemas dalam sungai terbabit, semalam. BH

Guru besar maut ketika konvoi agih sumbangan Ramadan

PASIR PUTEH — Seorang guru besar meninggal dunia apabila motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM12 Jalan Pasir Puteh-Machang-Gerik, petang semalam. Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa, Wan Ab Hisham Wan Noh, 55, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali, meninggal dunia di tempat kejadian. Difahamkan, mangsa dalam perjalanan berkonvoi bersama rakan untuk menyampaikan sumbangan Ramadan kepada anak yatim di Machang. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria, berkata kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi, Perodua Kelisa dan motosikal Jenis Yamaha NVX. Katanya, siasatan awal mendapati, kereta Perodua Kelisa dipandu wanita berusia 20 tahun dalam perjalanan dari Machang ke Pasir Puteh, dirempuh kereta Perodua Myvi, yang dipandu lelaki berusia 39 tahun dari arah belakang. "Rempuhan menyebabkan Perodua Kelisa dipandu wanita itu memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal ditunggang mangsa,...

JKR buka laluan alternatif Gua Musang-Kuala Lipis hari ini

GUA MUSANG — Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melakukan penyuraian trafik di laluan alternatif Jalan Gua Musang-Kuala Lipis mulai hari ini sehingga 2 Mei sempena Aidilfitri. Ia susulan penutupan jalan utama Gua Musang-Kuala Lipis, bermula di hadapan Petronas Persiaran Raya Gua Musang sehingga ke lampu isyarat Taman Wangi. Ketua Pengarah JKR, Datuk Ir Ahmad Redza Ghulam Rasool, berkata bermula hari ini, akan berlaku perubahan laluan trafik bagi jalan alternatif sempena musim perayaan. "Jadi kita bersama pihak polis sudah menjalankan satu program di mana sebolehnya sebahagian jalan akan jadi laluan sehala. "Bermula malam ini kita akan memasang penghadang dan sebagainya (tanda arah) supaya selepas ini akan jadi jalan sehala untuk mengurangkan konflik kenderaan yang bergerak dari arah bertentangan "Selain mengurangkan lintasan kenderaan di persimpangan yang boleh menyebabkan konflik dan kemalangan. Ini usaha kita untuk mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan lagi kesela...

Aidilfitri: PDRM laksana Op Lancar, Selamat Selasa ini

KUALA LUMPUR — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Op Lancar pada Selasa dan Rabu ini bagi memastikan kelancaran pergerakan pengguna jalan raya dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata fokus Op Lancar adalah di semua kawasan yang dijangka berlaku kesesakan aliran lalu lintas akibat pergerakan pengguna jalan raya. Katanya, seluruh jentera PDRM di lapangan akan diatur gerak membabitkan anggota balai dan elemen kereta peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB), rondaan bit serta risikan, selain mendapatkan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi melancarkan aliran trafik . "Ia akan diatur gerak secara holistik dan sistematik bagi mengurangkan beban kesesakan trafik di lebuh raya, jalan-jalan negeri serta jalan perbandaran," katanya dalam kenyataan hari ini. Acryl Sani berkata selain Op Lancar, PDRM juga akan melaksanakan Op Selamat ke-20 bermula 20 hingga 27 April bertemakan 'Rumah Se...

Lori kurier bertembung treler, barang pelanggan bertabur di jalan

KUALA KRAI — Bungkusan barangan milik pelanggan bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori penghantar bertembung dengan treler Kilometer 89, Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Manek Urai di sini, awal pagi semalam. Pada masa sama, kayu getah yang berada di atas treler berkenaan turut terjatuh, menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas dan satu lorong dibuka susulan kerja pembersihan. Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad, berkata dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, pemandu treler yang membawa muatan kayu getah mengalami kecederaan akibat tersepit. Katanya, mangsa yang berusia 37 tahun cedera mata dan tangan kanan serta dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut. "Siasatan awal mendapati, treler yang membawa muatan kayu getah dalam perjalanan dari arah Kuala Krai. "Setibanya di lokasi kejadian, lori syarikat kurier dipandu lelaki berusia 36 tahun yang datang dari Gua Musang terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertem...

Dua kanak-kanak lemas ketika mandi sungai

SEGAMAT — Dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Sungai Pulau Jering, di Kampung Bukit Tunggal di sini, petang semalam. Dua kanak-kanak berusia 12 dan 13 tahun, masing-masing murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tunggal dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jementah disedari lemas oleh bapa seorang daripada mereka sebelum meminta bantuan orang awam. Namun kedua-dua mangsa, Muhammad Khalifi Kamaruzaman, 13 dan Ahmad Muhammad Ibnu Hermee, 12 disahkan meninggal dunia ketika dirawat di sebuah klinik swasta di sini. Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga mangsa jam 5.10 petang mengenai kejadian itu. Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kedua-dua mangsa pergi untuk mandi di sungai berkenaan. Katanya, kedua-dua mangsa kemudiannya didapati lemas di lokasi berkenaan. "Dua kanak-kanak itu disedari lemas oleh salah seorang bapa kanak-kanak itu yang kebetulan melalui lokasi kejadian d...

London akan mengadakan perayaan Aidilfitri terbesar di Eropah

LONDON — Lebih 220,000 pengunjung dijangka menghadiri Festival Aidilfitri London dari 29 April hingga 1 Mei, apabila acara itu kembali untuk tahun keempat ke Westfield Square, menjadikannya festival Aidilfitri terbesar di Eropah. Dijadualkan berlangsung di Atrium dan Westfield Square, London festival itu akan mengalu-alukan ahli komuniti Islam dan bukan Islam untuk menyambut berakhirnya Ramadan semasa acara tahunan percuma ini, di mana tetamu boleh menikmati hiburan secara langsung, aktiviti, jamuan gerai makanan. dan konsesi fesyen sederhana yang diilhamkan oleh wilayah Islam dari seluruh dunia. Dibuka dari 10 pagi hingga 9 malam pada hujung minggu dan 12 tengah hari hingga 6 petang pada Isnin, pelawat Westfield London akan menemui pelbagai konsesi di Atrium termasuk gerai fesyen dan hadiah Aidilfitri, serta Kenderaan Pembersihan Jurulatih Crepe Protect bagi memastikan kasut mereka berkilauan semasa berkeliaran di sekitar tempat itu. Sementara itu di John Lewis, aktiviti langsung term...

Mahkamah Perancis lulus teras pembaharuan pencen Macron

Seorang pekerja membersihkan jalan menuju ke Majlis Perlembagaan, latar belakang, selepas penunjuk perasaan menyekat jalan dengan tong sampah, pada 13 April 2023 di Paris. (AP) PARIS — Mahkamah perlembagaan Perancis pada Jumaat meluluskan elemen utama pembaharuan pencen Presiden Emmanuel Macron, membuka jalan untuknya melaksanakan perubahan tidak popular yang telah mencetuskan bantahan dan mogok selama berbulan-bulan. Sembilan anggota Majlis Perlembagaan memutuskan memihak kepada peruntukan utama, termasuk menaikkan umur persaraan kepada 64 daripada 62, menilai perundangan itu mengikut undang-undang. Enam cadangan kecil telah ditolak, termasuk usaha untuk memaksa syarikat besar menerbitkan data tentang bilangan orang yang berumur lebih daripada 55 tahun yang mereka ambil, dan idea berasingan untuk membuat kontrak khas bagi pekerja yang lebih tua. Keputusan itu mewakili kemenangan untuk Macron, tetapi penganalisis berkata ia melibatkan kos peribadi yang besar untuk lelaki berusia 45 tah...