Langkau ke kandungan utama

Lori kurier bertembung treler, barang pelanggan bertabur di jalan

KUALA KRAI — Bungkusan barangan milik pelanggan bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori penghantar bertembung dengan treler Kilometer 89, Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Manek Urai di sini, awal pagi semalam.

Pada masa sama, kayu getah yang berada di atas treler berkenaan turut terjatuh, menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas dan satu lorong dibuka susulan kerja pembersihan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad, berkata dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, pemandu treler yang membawa muatan kayu getah mengalami kecederaan akibat tersepit.

Katanya, mangsa yang berusia 37 tahun cedera mata dan tangan kanan serta dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

"Siasatan awal mendapati, treler yang membawa muatan kayu getah dalam perjalanan dari arah Kuala Krai.

"Setibanya di lokasi kejadian, lori syarikat kurier dipandu lelaki berusia 36 tahun yang datang dari Gua Musang terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan treler berkenaan," katanya.

Suzaimi berkata, pemandu treler cuba mengelak ke kiri jalan, namun jarak dekat menyebabkan kedua-duanya bertembung manakala pakej bungkusan pelanggan bertaburan di jalan apabila lori kurier itu terbalik.

"Akibat pertembungan itu, pemandu treler mengalami kecederaan di bahagian mata serta tangan kanan, manakala pemandu lori syarikat kurier tidak mengalami kecederaan.

"Ujian saringan air kencing ke atas pemandu lori syarikat kurier mendapati positif Methampetamine dan tangkapan sudah dibuat," katanya.

Suzaimi berkata, kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu syarikat kurier yang gagal mengawal kenderaannya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Terdahulu, tular di media sosial berdurasi 26 saat menunjukkan penduduk kampung mengutip bungkusan barangan milik pelanggan yang terjatuh dari lori kurier berkenaan. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...