Langkau ke kandungan utama

JKR buka laluan alternatif Gua Musang-Kuala Lipis hari ini

GUA MUSANG — Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melakukan penyuraian trafik di laluan alternatif Jalan Gua Musang-Kuala Lipis mulai hari ini sehingga 2 Mei sempena Aidilfitri.

Ia susulan penutupan jalan utama Gua Musang-Kuala Lipis, bermula di hadapan Petronas Persiaran Raya Gua Musang sehingga ke lampu isyarat Taman Wangi.

Ketua Pengarah JKR, Datuk Ir Ahmad Redza Ghulam Rasool, berkata bermula hari ini, akan berlaku perubahan laluan trafik bagi jalan alternatif sempena musim perayaan.

"Jadi kita bersama pihak polis sudah menjalankan satu program di mana sebolehnya sebahagian jalan akan jadi laluan sehala.

"Bermula malam ini kita akan memasang penghadang dan sebagainya (tanda arah) supaya selepas ini akan jadi jalan sehala untuk mengurangkan konflik kenderaan yang bergerak dari arah bertentangan

"Selain mengurangkan lintasan kenderaan di persimpangan yang boleh menyebabkan konflik dan kemalangan. Ini usaha kita untuk mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan lagi keselamatan pihak pengguna walaupun kita tahu memang ada kesesakan" katanya ketika ditemui di Tapak Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) di sini.

Ahmad Redza berkata, laluan alternatif itu juga sudah melalui proses pelebaran bagi membolehkan pengguna melaluinya dan memenuhi piawaian ditetapkan.

"Laluan alternatif adalah jalan lama panggil FT08. Sebelum ini lebar jalan itu bagi laluan sehala adalah kira-kira 3 meter.

"Pada hujung 2021, kita melebarkan jalan berkenaan menjadikan sehala 3.5 meter dua hala tujuh meter. Ia sama dengan standard jalan yang pengguna lalui contohnya dari arah Lembah Klang.

"Jadi kalau pengguna kenderaan itu datang dari Lembah Klang melalui jalan dua hala di laluan alternatif ini, ada beberapa lencongan dan jarak jauh sedikit iaitu enam kilometer (km) berbanding jalan yang ditutup empat kilometer.

Pada masa sama pihaknya turut menjangkakan kesesakan akan bermula pada Selasa minggu depan apabila perantau mula bergerak pulang ke kampung halaman mereka.

"Memang ada sedikit kesesakan terutama musim perayaan tetapi kita harap pengguna jalan rayadapat bersabar dan mengikut peraturan memandu dengan cermat," katanya. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...