Langkau ke kandungan utama

Bekas Timbalan Pengurus Besar PPK Sepang didakwa lagi minta suapan RM4,800

KUALA LUMPUR — Bekas Timbalan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sepang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan meminta suapan RM4,800 berkaitan Program Dana Jaminan Makanan Tahun 2021.

Bagaimanapun, tertuduh, Mohd Asyraf Mohd Fauzi, 36, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Mengikut pertuduhan, beliau sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi Gred E29 di PPK Sepang ketika itu, memperoleh suapan wang tunai RM4,800 daripada seorang lelaki berumur 39 tahun melalui akaun CIMB miliknya sebagai dorongan bagi membantu syarikat Giching Maju Enterprise mendapatkan kerja pembersihan dan pembekalan anak benih tebu telur berhubung Program Dana Jaminan Makanan Tahun 2021: Projek Pertanian Organik Tebu Telur daripada PPK Sepang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Sentul Raya di sini, pada 10 November 2021 hingga 31 Disember 2021, mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM Selangor sehingga kes selesai.

Peguam Saleh Ahmad yang mewakili Mohd Asyraf memohon jumlah jaminan dikurangkan kerana anak guamnya masih bertugas sebagai Timbalan Pengurus Besar PPK Gombak, perlu menyara isteri dan empat anak.

"Anak guam saya membayar jaminan RM8,000 bagi dua pertuduhan dihadapinya di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan beliau tidak mampu membayar wang jaminan RM20,000 yang dicadangkan itu," katanya dan memaklumkan anak guamnya tidak mempunyai pasport.

Irna Julieza kemudian memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk dibicarakan bersama dua lagi pertuduhan dihadapi tertuduh dan tiada bantahan daripada peguam.

Suzana kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa jika ada, serta melapor diri di pejabat SPRM Selangor sebulan sekali sehingga kes selesai.

"Mahkamah juga membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk dibicara bersama dua lagi kes dihadapi tertuduh," katanya.

Pada 11 April lalu, Mohd Asyraf mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan meminta suapan wang berjumlah RM6,000 membabitkan program sama. BH petik Bernama

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...