Langkau ke kandungan utama

Jalan Aring-Terengganu mendap, laluan masih ditutup

GUA MUSANG — Jalan Aring menuju sempadan Terengganu, di sini, yang terkesan dengan kejadian mendapan pada Disember tahun lalu masih ditutup kepada semua kenderaan.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui satu kenyataan, dengan laluan itu kini disahkan dalam projek tindakan untuk pembaikan.

Kenyataan itu menyusul selepas tular di media sosial video menunjukkan mendapan teruk berlaku di Jalan Aring-Terengganu sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengguna jalan raya.

Berdasarkan video terbabit, jelas kelihatan keseluruhan struktur jalan runtuh dan mendap sekali gus tidak dapat dilalui kenderaan.

JKR memaklumkan lokasi kejadian sebelum ini menerima taburan hujan tinggi sepanjang tempoh kejadian berlaku iaitu sebanyak 70 milimeter (mm) per jam dan pola hujan tinggi.

"Selain itu, terdapat aliran air bawah tanah yang mengalir secara aktif di lokasi tapak kejadian.

"Tindakan sudah diambil dengan menutup segera permukaan jalan serta cerun yang terdedah dengan kanvas plastik bagi mengelakkan air meresap dan mengalir masuk ke dalam kawasan rekahan," katanya.

JKR berkata, kerja pembaikan mendapan tambakan ini akan dilaksanakan segera selepas kelulusan peruntukan diperoleh daripada Pusat.

"Tindakan orang awam menceroboh kawasan projek yang masih belum dibuka seperti ditularkan di media sosial boleh dikenakan tindakan undang-undang.

"Tapak pembinaan adalah kawasan larangan untuk orang awam bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...