BEIRUT — Disyaki militan kumpulan Daesh pada Ahad membunuh sekurang-kurangnya 26 orang di tengah Syria, lapor pemantau perang, yang terbaru dalam siri serangan menyasarkan orang yang mencari truffle padang pasir.
Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berpangkalan di UK berkata "orang awam dan sekurang-kurangnya 10 pejuang pro-rejim" adalah antara "26 orang yang terbunuh dalam serangan oleh pejuang Daesh semasa mereka mengumpul truffle di padang pasir timur (bandar tengah) Hama.” AN memetik AFP