Langkau ke kandungan utama

Wanita dipukul, dicampak ke bawah jambatan kerana menegur

KUALA LANGAT — Akibat berang ditegur kerana sering membuat bising dan mengambil minuman keras serta dadah di rumah sewa didiami, sekumpulan lelaki disyaki memukul seorang wanita sebelum mencampak mangsa ke bawah jambatan di Kampung Sawah, Banting, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, wanita berusia 52 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah bank, dilapor dipukul menggunakan senjata tajam dan rotan, malah mangsa mengalami kecederaan di pergelangan tangan kiri dipercayai akibat ditetak oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa mendiami tingkat bawah sebuah rumah sewa, manakala suspek tinggal di tingkat atas kediaman sama.

Katanya, terdahulu polis menerima maklumat orang awam yang terdengar suara meminta tolong dari bawah jambatan berkenaan.

Beliau berkata, mangsa diselamatkan orang ramai selepas dipercayai berada di bawah jambatan itu selama kira-kira sejam, sebelum dibawa ke Hospital Banting untuk rawatan.

"Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa menegur tindakan suspek yang kerap membuat bising dan selalu meminum minuman keras serta mengambil dadah di dalam rumah sewa yang mereka diami.

"Mangsa dipercayai dipukul serta dicederakan dengan senjata tajam dan rotan oleh beberapa lelaki warga tempatan, sebelum dicampak ke bawah jambatan.

"Bertindak atas maklumat, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, menahan lima lelaki warga tempatan secara berasingan antara jam 1 tengah hari hingga 6 petang hari sama di sekitar Banting," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata, polis turut merampas sebuah kereta Proton Perdana dan sebatang rotan dipercayai digunakan suspek untuk memukul mangsa.

Beliau berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 30-an dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah serta dadah.

Malah, katanya, hasil saringan air kencing kesemua suspek mendapati tiga daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine dan ganja.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 364 dan 326 Kanun Keseksaan," katanya. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...