![]() |
(Foto hiasan) |
Seorang lelaki di Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE), terjun dari balkoni hingga mati selepas membunuh isteri dan dua anaknya, kata polis pada Rabu.
Pegawai menemui lelaki itu, yang hanya disifatkan polis sebagai warga Asia berusia 30-an, dengan kertas dalam pakaiannya mengandungi pengakuan jelas bahawa dia melakukan pembunuhan itu, kata polis Sharjah.
Penyiasat memasuki apartmennya dan mendapati "maklumat dalam surat itu adalah betul," kata polis. Mereka tidak menghuraikan (lebih lanjut). Alarabiya