KUALA LUMPUR — Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia dan seluruh warga kerjanya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di negara ini.
Perkongsian satu video pendek berdurasi 52 saat yang dimuat naik di laman Twitter rasmi Kedutaan AS Kuala Lumpur itu memaparkan Duta Besar, McFeeters dan seluruh warga kerjanya terdiri Pasukan Pengawal Tempatan, Pengawal Keselamatan Marin, Pejabat Perkhidmatan Am serta Bahagian Perkhidmatan Komersial Politik, Ekonomi dan Kesihatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di negara ini.
Di akhir video itu, McFeeters bersama warga Pejabat Eksekutif turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dalam bahasa Melayu.
"Bagi warga kerja Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, kami mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada anda semua dan keluarga.
"Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin," katanya menerusi video yang dimuat naik di Twitter. BH