Langkau ke kandungan utama

Pelajar tahfiz maut kemalangan ketika keluar beli baju raya

KOTA BHARU — Seorang pelajar tahfiz maut selepas van yang dinaiki bersama 11 rakan terbabas ke dalam parit di Taman Bendahara, berdekatan Jalan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Wan Ahmad Izzat Alauddin Mohd Faris, 12, disahkan oleh pasukan perubatan meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas jam 11.32 pagi itu.

Ketika nahas, ada 13 individu dalam van berkenaan, iaitu 12 pelajar tahfiz termasuk mangsa dan seorang pemandu.

Ibunya, Wan Noor Azilah Wan Sulaiman, 48, berkata dia menerima khabar sedih menimpa anak tunggalnya melalui kumpulan WhatsApp pusat tahfiz berkenaan lalu bergegas ke lokasi yang jaraknya 15 minit dari kediamannya.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, hatinya luluh melihat tubuh Wan Ahmad Izzat Alauddin terbaring kaku, namun tetap menguatkan semangat membuka kain yang menutupi arwah.

"Sepatutnya, malam ini saya ambil Wan Ahmad Izzat pulang ke rumah untuk beraya, tetapi tuhan lebih menyayanginya. Dia pergi buat selamanya ketika beberapa hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri.

"Malam tadi malam terakhir kami berbual melalui telefon, dia ada tanya pendapat saya nak beli baju raya warna apa. Tak sangka keterujaan dia untuk keluar membeli kelengkapan raya bersama rakan-rakan tahfiznya adalah petanda untuk dia pergi buat selamanya.

"Saya reda dengan kehilangan satu-satunya anak yang saya ada dan berdoa semoga segala urusan jenazah dapat disegerakan," katanya ketika ditemui di luar Jabatan Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), di sini.

Wan Noor Azilah berkata, jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chiku 7, Gua Musang.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Alam Nasut Ilias, berkata berkata sebaik anggota polis tiba di lokasi, terdapat van milik sebuah pusat tahfiz terbabas ke dalam parit.

"Hasil pemeriksaan, seorang pelajar meninggal dunia dan dibawa ke HUSM, manakala 11 lagi mangsa mengalami kecederaan dan dibawa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II," katanya. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...