Langkau ke kandungan utama

Penculik Azi kena jel 56 bulan

PASIR MAS — Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 56 bulan oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menculik wanita ejen jualan kosmetik di Kampung Semat Jal, Tumpat, September tahun lalu.

Hakim, Badrul Munir Mohd Hamdy menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Hafizi Mohd Arifin, 27, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama Chek Norhafizzi Chek Nor, 31, yang sudah dituduh, dan seorang lagi yang masih bebas menculik Rosnazirah Mohd Nain, 37.

Kejadian itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat jam 5.10 petang pada 13 September tahun lalu.

Tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan Akta 574 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falena Abu Bakar dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Hajarul Falena memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal yang boleh memberi pengajaran kepada tertuduh.

Kes penculikan itu menggemparkan negara selain membabitkan keselamatan negara dan memberi kesan trauma kepada keluarga serta mangsa.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 56 bulan daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 12 April.

Mengikut fakta kes, pada 13 September tahun lalu, pengadu iaitu Mohd Nain Awang, 71, membuat laporan polis mengatakan anak perempuannya, Rosnazirah diculik dua lelaki yang mencari mangsa di dalam rumah, manakala seorang lagi lelaki berada dalam kereta.

Ketika pengadu cuba menghalang, pengadu diacukan dengan senjata tajam oleh tertuduh namun diabaikan oleh pengadu. Kemudian, suspek yang bertopi cerah mengacukan pistol kepada pengadu.

Pengadu menjauhkan diri kerana berasa takut dan mengambil batu lalu membaling kepada kereta Toyota Vios itu. Mangsa kemudian berjaya di bawa lari oleh tertuduh dan dua suspek lain.

Susulan kejadian itu, beberapa siri tangkapan dibuat bagi mengesan kedudukan mangsa dan polis kemudian berjaya mengesan Toyota Vios di kawasan pangkalan haram Kuala Tat, Tumpat.

Unit forensik PDRM membuat siasatan terhadap kereta itu dan berjaya menimbulkan dua cap jari sempurna dan satu cap jari yang ditemui di cermin bahagian dalam kereta adalah milik tertuduh.

Siasatan awal juga mendapati mangsa diculik kerana suaminya iaitu W Muhamad W Noor, 37, mempunyai hutang yang belum dibayar.

Pada 12 April lalu, tertuduh Mod Hafizi ditangkap di Terengganu dan diserahkan kepada IPD Tumpat untuk tindakan. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...