Catatan

Hanya yang mencurigakan akan ditahan, diperiksa polis - KPN

Imej
Acryl Sani pada program Singgah Sahur bersama pegawai dan anggota MPV dan URB, Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di ibu negara, pagi tadi. (Foto NSTP) KUALA LUMPUR — Pemeriksaan serta penahanan yang dilakukan pihak polis akan menyasarkan terhadap individu yang disyaki melakukan kesalahan dan bukannya dilakukan secara semberono. Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata ia adalah bagi menghakis stigma dan pandangan negatif masyarakat apabila melihat polis melakukan pemeriksaan dan penahanan di tempat awam. Katanya, saranan ini ditujukan kepada semua yang melakukan penguatkuasaan pasukan terutama Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Unit Kereta Peronda Polis (MPV), anggota Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik dan anggota rondaan jalan kaki. "Kita nak hapuskan perasangka dan stigma negatif masyarakat terhadap polis, supaya apabila unit-unit penguatkuasaan polis ini menahan dan melakukan pemeriksaan terhadap sesebuah kenderaan atau pejalan kaki, maka masyarakat akan sedar...

Pelajar maut motosikal terbabit nahas dengan kereta

KOTA BHARU — Seorang pelajar Tingkatan Tiga maut, apabila motosikal ditunggangnya terbabit nahas dengan sebuah kereta Perodua Viva, berhampiran Kilometer (KM) 10.4 Lebuhraya Kota Bharu-Ketereh, di sini, malam tadi. Dalam kejadian jam 10.15 malam itu, mangsa Muhammad Aqil Rifqi Mohd Suhaimi, 15, yang menunggang motosikal Honda EX5, maut di lokasi akibat cedera di kepala dan dada, manakala pemandu kereta seorang lelaki berusia 41 tahun tidak cedera. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian Perodua Viva dari arah Pasir Hor, menghala ke Ketereh melalui lebuh raya itu. Katanya, sebaik sampai di lokasi kejadian, secara tiba-tiba beberapa motosikal termasuk yang ditunggang mangsa cuba memotong kereta. "Bagaimanapun, mangsa gagal mengawal motosikalnya dan terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan dia terjatuh dan terseret di lokasi kemalangan. "Mangsa tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia ...

Berhenti kerja 24 jam selepas langgar mati 2 gadis

TANJUNG MALIM — Seorang pemandu lori ditahan selepas disyaki terbabit kes langgar lari yang menyebabkan kematian dua wanita di Kilometer 121 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara berhampiran Kampung Kelawar, dekat sini, pada 29 Mac lalu. Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata suspek, 30, ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Muallim berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat di Melaka kira-kira jam 11.57 malam tadi. Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku menyebabkan kemalangan berkenaan ketika sedang membuat pusingan U di lokasi kemalangan terbabit. "Suspek juga mengaku menghantar notis berhenti kerja 24 jam kepada majikan sehari selepas kejadian. "Kita juga menahan sebuah treler jenis Volvo di Kerling, Selangor yang mana pemeriksaan menemukan kesan bengkok dan cat tertanggal pada penghadang besi sebelah kanan tengah kenderaan berat itu," katanya melalui kenyataan. Mohd Hasni berkata, s...

Wanita menangis atas jambatan

PUTRAJAYA: Tindakan pantas orang awam berjaya memujuk seorang wanita dalam keadaan menangis di atas Jambatan Wawasan, Presint 2, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata pihaknya mengesan satu hantaran TikTok menerusi akaun Edywoo mengenai seorang wanita berada di atas jambatan itu dalam keadaan menangis dan mencurigakan, semalam. "Bertindak atas maklumat selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai, Unit Kereta Peronda Polis (MPV) bergerak ke lokasi dan membawa wanita itu ke Balai polis Presint 7 untuk siasatan lanjut. "Hasil siasatan dilakukan mendapati wanita berkenaan yang juga suri rumah berusia 30-an pergi ke jambatan itu kira-kira 11 pagi, semalam," katanya dalam kenyataan, hari ini. Asmadi berkata, orang awam yang melalui jambatan itu dikatakan melihat wanita berkenaan dalam keadaan menangis jam 11.40 pagi, sebelum berjaya memujuknya. "Soal siasat terhadap mangsa mendapati wanita itu mengala...

Pelajar Tingkatan Tiga maut kemalangan

SABAK BERNAM — Seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki sekumpulan lima penuntut Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) di Jalan Parit Baru, Sungai Tengar, di sini, malam tadi. Dalam nahas jam 9.50 malam itu, mangsa berusia 15 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata kemalangan membabitkan sebuah motosikal Yamaha Y100 ditunggang pelajar terbabit dengan sebuah MPV Perodua Alza. "Siasatan awal mendapati mangsa dari Bagan Nakhoda Omar (BNO) ke Sabak, manakala Perodua Alza dinaiki lima penuntut PSIS pula dari Sabak ke BNO. "Apabila tiba di lokasi kejadian, penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan Perodua Alza dan melanggar bahagian kiri hadapan MPV terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini. Agus Salim...

Gadis OKU jadi sasaran nafsu liar pengawal keselamatan

NILAI — Seorang remaja perempuan berstatus orang kurang upaya (OKU) menempuh detik hitam apabila menjadi mangsa nafsu liar seorang pengawal keselamatan sebuah pangsapuri di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa yang berusia 14 tahun mendakwa dicabul pengawal keselamatan yang bertugas di pangsapuri tempat tinggalnya. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim, berkata mangsa dikatakan dicabul ketika diiringi suspek ke kediaman yang didiami bersama saudaranya dari lif pangsapuri terbabit. "Pada jam 6.23 petang semalam, kaunter pertanyaan Balai Polis Nilai terima aduan daripada seorang kanak-kanak perempuan berumur 14 tahun yang mendakwa dicabul seorang pengawal keselamatan sebuah pangsapuri yang terletak di Nilai. "Siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 4 petang semalam. Mangsa yang ketika itu sedang berbual dengan rakan mangsa di hadapan lif, didatangi seorang lelaki iaitu pengawal keselamatan di pangsapuri itu. "Peng...

Kanak-kanak autisme hilang ditemukan lemas di sungai

KUCHING — Kanak-kanak autisme berusia tujuh tahun yang disedari hilang di Kampung Bunga Rampai, Jalan Batu Kitang di sini, semalam ditemukan lemas di sungai kampung terbabit hari ini. Mayat Andrine Johnnes ak Anne dijumpai jam 12.15 tengah hari tadi selepas ditemukan terapung di sungai terbabit oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR). Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengesahkan penemuan itu selepas pihaknya bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengesan satu objek mencurigakan dalam keadaan timbul tenggelam di permukaan sungai. "Apabila dihampiri, objek terbabit disahkan mayat kanak-kanak yang masih berpakaian sebelum disahkan sebagai mangsa yang hilang oleh keluarga," katanya. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang semalam, mangsa disedari hilang dari rumahnya sebelum laporan dibuat jam 9.13 malam dan SAR digerakkan. Difahamkan mangsa selama ini...