Catatan

Tentera Israel bunuh seorang warga Palestin dalam serbuan Tebing Barat pada hari pertama Ramadan

Imej
Pada tahun-tahun sebelumnya, Ramadan sekali-sekala menyaksikan pertempuran antara polis Israel dan Palestin (AFP) RAMALLAH — Tentera Israel membunuh seorang lelaki Palestin semasa serbuan di Tebing Barat yang diduduki pada Khamis, kata pegawai Palestin, di tengah-tengah percubaan untuk membendung keganasan yang semakin meningkat daripada terus meningkat. Satu kenyataan daripada polis sempadan Israel berkata unit penyamarannya terlibat dalam serbuan awal Khamis untuk menahan seorang lelaki Palestin yang disyaki terlibat dalam beberapa serangan tembakan. Pasukan itu mengepung rumah dia dan melepaskan tembakan ke arah lelaki itu selepas dia mengacukan senjata ke arah mereka, kata polis sempadan. Kementerian kesihatan Palestin berkata, Amir Abu Khadijeh, 25, ditembak di kepala di bandar Tulkarem. Sebuah kumpulan baru yang ditubuhkan untuk menghadapi pendudukan Israel di bawah nama "Briged Tulkarem" berkata Abu Khadijeh adalah salah seorang pengasasnya dan menyifatkan kejadian itu...

'Tragedi ikut ibu berniaga'

PASIR PUTEH — "Dia kuat merengek dan gelisah sejak beberapa hari kebelakangan ini, rupa-rupanya itu menjadi petanda dia mahu tinggalkan kami untuk selama-lamanya," kata Nur Ain Nabihah Mohd Zamri. Nur Ain Nabihah, 24, yang berniaga roti canai, kematian anak bongsunya, Muhammad Azim Abdul Rahim, 2, akibat lemas selepas dipercayai terjatuh dalam kawasan kumbahan di Kok Lanas, Kota Bharu, semalam. Nur Ain berkata, kejadian berlaku ketika Muhammad Azim menemaninya berniaga gerai tidak jauh dari lokasi kejadian. Katanya, kejadian berlaku jam 2.30 petang semalam apabila dia dan suami yang juga bapa tiri mangsa, Mohd Khairi Jauhari Mohd Yusuf, 36, menyedari mangsa tiada di dalam kedai. "Saya mencari sekitar kedai namun tidak menjumpai anak, lalu terlintas untuk ke kawasan kumbahan kira-kira lima meter dari kedai. "Kami tengok kawasan itu 'pelik' dan minta ahli keluarga masuk ke dalam dan menjumpai anak yang sudah tidak sedarkan diri," katanya. Nur Ain berkata,...

Wanita hamil 5 bulan temui ajal menjelang Ramadan

Imej
(Foto PDRM) MACHANG — Seorang wanita hamil lima bulan maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah motosikal di Jalan Kemuning-Bukit Bakar, di sini, malam tadi. Dalam nahas jam 7.13 malam menjelang Ramadan itu, Che Suriani Mahmod, 22, yang menunggang motosikal Yamaha Nouvo LC meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Machang akibat cedera parah. Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata hasil siasatan awal mendapati insiden berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa dilaporkan memasuki laluan bertentangan setiba di lokasi kejadian. Susulan itu, beliau berkata, sebuah kereta Proton Wira dipandu pengawal keselamatan berusia 31 tahun yang dalam perjalanan dari Kuala Besut menghala ke Kuala Krai melalui jalan Bukit Bakar, dikatakan cuba mengelak ke sebelah kanan jalan. "Bagaimanapun, motosikal ditunggang mangsa dilaporkan terlanggar bahagian sisi kiri kereta Proton Wira itu sebelum merempuh pula sebuah kereta Proton Persona dipandu wan...

Guna wang khairat kematian peneroka, pembantu tadbir sambut Ramadan di penjara

KUANTAN — Seorang pembantu tadbir terpaksa menyambut hari pertama Ramadan di penjara selepas Mahkamah Sesyen, di sini, menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan terhadapnya, bermula hari ini. Tertuduh, Mohd Azlan Bin Jainal, 36, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan cek palsu berjumlah RM64,734 dan kesalahan itu dilakukan antara Mac hingga April 2021. Hakim Datuk Ahmad Zamzani turut menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM68,500 untuk semua pertuduhan terbabit selain mengenakan hukuman penjara berjumlah 29 bulan jika tertuduh gagal membayar semua denda berkenaan. Menurut fakta kes, tertuduh yang sebelum ini pernah bertugas di FELDA Jengka 12 Melor, Maran, mengeluarkan 10 keping cek atas namanya sedangkan catatan pada cek yang dibuat oleh tertuduh adalah nama peneroka yang telah meninggal dunia bagi tujuan bayaran khairat kematian. Dalam masa sama, Pengurus dan Penyelia FELDA terbabit turut mengesahkan mereka tidak pernah menandatangani semua cek berk...

6 ahli ajaran sesat Si Hulk hina Nabi di TikTok dikenal pasti

JOHOR BAHRU — Polis mengenal pasti enam individu dipercayai ahli kumpulan ajaran sesat Si Hulk yang menghina Islam dan Nabi Muhammad di aplikasi TikTok. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata semua suspek berusia antara 20 hingga 30-an dan berasal di Johor dan identiti mereka dikesan berdasarkan dua video berasingan dimuat naik yang jelas menunjukkan wajah enam pelaku itu. Justeru, pihaknya menggesa semua enam individu berkenaan tampil menyerah diri sebelum mereka ditahan polis. "Kami bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) dalam kes berkenaan. "Kita masih siasat maklumat berkaitan mereka dan berharap mereka tampil serah diri," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini. Sebelum ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan fahaman serta ajaran Si Hulk yang diasaskan Suhaimi Mohammad sebagai sesat. Ia juga menyeleweng dan bercanggah akidah, syariah serta akhlak Islam sejak Julai 2021. Pada 19 Mac lalu, tuk...

800,000 cubaan serang laman sesawang, CSM guna RM23 juta tingkat keselamatan

Imej
(Foto hiasan) KUALA LUMPUR — Jumlah cubaan serangan laman sesawang yang semakin meningkat direkodkan CyberSecurity Malaysia (CSM) menyebabkan peruntukan kepada agensi itu ditingkatkan daripada RM9 juta pada 2022 kepada RM23 juta pada tahun ini. Bagi tempoh lima tahun hingga 2021, sebanyak 800,000 cubaan serangan laman sesawang dikesan CSM. Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, berkata cubaan serangan siber semakin berleluasa di negara ini dan ia menimbulkan situasi membimbangkan kerana membabitkan kerugian kepada negara. Beliau berkata, pada Januari dan Februari lalu, lebih 1,700 kes aduan panggilan scammer diterima setiap bulan dan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) memaklumkan ia membabitkan kerugian RM27 juta. "CSM adalah agensi teknikal yang membantu banyak agensi kerajaan dan swasta menangani pelbagai serangan siber yang semakin serius. "Oleh itu, peruntukan untuk CSM ditingkatkan kepada RM23 juta yang akan digunakan untuk tiga elemen baharu agensi it...

Polis Thailand tembak mati lelaki bersenjata selepas buntu 15 jam

Imej
Anggota polis mengambil kedudukan di jalan berhampiran kejiranan rumah lelaki bersenjata di wilayah Phetchaburi, 22 Mac 2023. (Foto AP/Supawat Konmun) BANGKOK — Polis Thailand menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membunuh tiga orang dan mencederakan tiga yang lain, kata seorang pegawai kanan Khamis, selepas kebuntuan selama 15 jam. Penembak mula melepaskan tembakan di Phetchaburi, kira-kira 100 kilometer (60 batu) barat daya Bangkok, kira-kira jam 3 petang. (0800 GMT) pada Rabu, sebelum polis mengepung rumahnya. Kebuntuan berakhir awal Khamis apabila polis bersenjata menyerbu bangunan itu dan membunuh lelaki bersenjata itu, yang tidak dinamakan tetapi dilaporkan oleh media tempatan sebagai bekas pegawai taman negara berusia 29 tahun. "Kami meneruskan langkah demi langkah, bermula dengan rundingan tetapi dia terus melawan dan menembak orang lain," kata Leftenan Polis Thanawut Wutijarasthamrong. “Dia berlari masuk ke dalam biliknya (di tingkat dua). Jika kami tidak memp...