Langkau ke kandungan utama

Guna wang khairat kematian peneroka, pembantu tadbir sambut Ramadan di penjara

KUANTAN — Seorang pembantu tadbir terpaksa menyambut hari pertama Ramadan di penjara selepas Mahkamah Sesyen, di sini, menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan terhadapnya, bermula hari ini.

Tertuduh, Mohd Azlan Bin Jainal, 36, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan cek palsu berjumlah RM64,734 dan kesalahan itu dilakukan antara Mac hingga April 2021.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani turut menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM68,500 untuk semua pertuduhan terbabit selain mengenakan hukuman penjara berjumlah 29 bulan jika tertuduh gagal membayar semua denda berkenaan.

Menurut fakta kes, tertuduh yang sebelum ini pernah bertugas di FELDA Jengka 12 Melor, Maran, mengeluarkan 10 keping cek atas namanya sedangkan catatan pada cek yang dibuat oleh tertuduh adalah nama peneroka yang telah meninggal dunia bagi tujuan bayaran khairat kematian.

Dalam masa sama, Pengurus dan Penyelia FELDA terbabit turut mengesahkan mereka tidak pernah menandatangani semua cek berkenaan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 467 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan denda.

Dalam prosiding rayuan, tertuduh merayu dikenakan hukuman ringan berikutan mempunyai lima tanggungan iaitu isteri dan empat anak manakala isterinya tidak bekerja.

Tertuduh juga ketika ini bertugas di FELDA Trolak Perak mendakwa, dia menggunakan wang berkenaan bukan untuk tujuan peribadi sebaliknya untuk membeli peralatan pejabat dan menjayakan program.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Rif'ah 'Izzati Abdul meminta mahkamah mengambil kira kekerapan dan keseriusan kesalahan yang dilakukan tertuduh dalam menjatuhkan hukuman.

Hakim kemudian menjatuhkan hukuman antara lapan bulan hingga 13 bulan penjara yang berjalan serentak selain mengenakan denda antara RM5,000 hingga RM7,500 bagi setiap 10 pertuduhan berkenaan. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...