Catatan

Apartheid jantina mesti diklasifikasikan jenayah bawah undang-undang antarabangsa: kempen

Imej
Foto AFP LONDON — Kempen pada Hari Wanita Antarabangsa yang disokong pejuang terkemuka Afghanistan dan Iran menggesa apartheid jantina diklasifikasikan sebagai jenayah di bawah undang-undang antarabangsa, lapor The Guardian pada Rabu. Dilancarkan melalui surat terbuka, kempen itu menggesa perluasan undang-undang anti-apartheid perkauman untuk memasukkan jantina, yang akan menekan negara termasuk Afghanistan dan Iran untuk menangani diskriminasi sistemik terhadap wanita. Penandatangan termasuk peguam antarabangsa dan tokoh politik berprofil tinggi termasuk Shirin Ebadi, pemenang Hadiah Keamanan Nobel Iran; Fawzia Koofi, timbalan speaker wanita pertama Parlimen Afghanistan dan Benafsha Yaqoobi, seorang pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Bebas Afghanistan. Apartheid, yang bermaksud "berpisah" dalam bahasa Afrikaans, menggambarkan diskriminasi perkauman institusi Afrika Selatan pada separuh kedua abad ke-20. Tetapi istilah itu telah dilemparkan kepada negara-negara termasu...

Afghanistan negara paling menindas wanita di dunia — PBB

Imej
Wanita Afghanistan mengadakan bantahan untuk hak mereka, menandakan Hari Wanita Antarabangsa  di Kabul, 8 Mac 2023. (AFP) ISLAMABAD — Sejak Taliban mengambil alih Afghanistan, negara itu telah menjadi negara yang paling menindas di dunia untuk wanita dan kanak-kanak perempuan, dirampas banyak hak asasi mereka, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu. Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Hari Wanita Antarabangsa, misi PBB berkata bahawa pemerintah baru Afghanistan telah menunjukkan hampir "tumpuan tunggal untuk mengenakan peraturan yang menyebabkan kebanyakan wanita dan gadis terperangkap dengan berkesan di rumah mereka." Di sebalik janji awal pendirian yang lebih sederhana, Taliban telah mengenakan langkah keras sejak merampas kuasa pada Ogos 2021 ketika tentera AS dan NATO berada pada minggu-minggu terakhir pengunduran mereka dari Afghanistan selepas dua dekad perang. Mereka telah mengharamkan pendidikan kanak-kanak perempuan melebihi gred enam dan wanita dari...

Empat maut dalam serangan dron Syria: Pemantau

Imej
BEIRUT — Serangan dron membunuh empat individu di timur Syria yang dikuasai kerajaan pada Rabu di kawasan yang dikawal oleh puak disokong Iran, kata seorang pemantau perang. “Empat orang terbunuh dan lapan cedera dalam serangan dron berhampiran kilang senjata milik kumpulan yang disokong Iran dan berhampiran trak yang sarat dengan senjata,” kata Rami Abdel Rahman dari Syrian Observatory for Human Rights kepada AFP. Tiada maklumat segera mengenai siapa yang melakukan serangan di bandar timur Deir Ezzor atau sama ada yang mati adalah pejuang atau orang awam. Serangan itu menyasarkan sebahagian bandar yang menjadi kediaman komander tertinggi Iran dan pegawai kanan pergerakan Hizbullah Lubnan serta hospital Iran untuk merawat pesakit taun, kata Abdel Rahman. Puak pro-Iran yang sejajar dengan kerajaan Syria, termasuk Hizbullah, banyak ditempatkan di selatan dan barat Sungai Euphrates yang membelah wilayah Deir Ezzor. Israel telah melakukan serangan udara dan peluru berpandu berulang kali te...

Gadis jelita bangga pandu kereta api laju Haramain

Imej
Ayah Abdulrahman Taher, 28, seorang daripada pemandu kereta api laju Haramain  JEDDAH — Ayah Abdulrahman Taher, 28, dari Makkah, adalah seorang daripada 34 pemandu kereta api wanita yang baru-baru ini mula bekerja di landasan kereta api laju Haramain antara kota suci Arab Saudi, Makkah dan Madinah. Kejayaannya dalam industri tradisional yang didominasi lelaki ini menunjukkan transformasi sosial besar-besaran yang sedang dijalankan di negara ini, hasil pembaharuan dilaksanakan sejak 2016 sebagai sebahagian daripada Wawasan Saudi 2030. Ayah belajar kesusasteraan Inggeris di universiti tetapi mengambil peluang untuk memulakan kerjaya yang menarik dengan kereta api negara apabila dia mengetahui tentang skim latihan baru selama setahun. “Saya tidak pernah terfikir ini akan menjadi satu profesion yang akan saya lakukan, tetapi apabila peluang itu tiba, saya mahu menjadi salah seorang wanita pertama di Arab Saudi yang memandu kereta api,” kata Ayah kepada Arab News. Lebih 28,000 wanita me...

16,000 swan musim sejuk di tanah lembap China utara kembali ke Siberia

Imej
Swan di tanah lembap di Pinglu, Wilayah Shanxi, utara China, 13 Dis 2019. (Xinhua/Zhan Yan) TAIYUAN — Kira-kira 16,000 swan putih yang berhijrah ke tanah lembap di Wilayah Shanxi di utara China bagi musim sejuk, kini kembali ke Siberia berikutan peningkatan suhu tempatan. Swan disenaraikan sebagai haiwan perlindungan peringkat kedua negara di China dan dianggap sebagai spesies yang terdedah secara global. "Setiap tahun antara akhir Februari dan awal Mac, swan akan memilih untuk berhijrah ke utara apabila suhu maksimum meningkat sehingga melebihi 10 darjah Celsius," kata Wang Chao, ketua stesen pemuliharaan hidupan liar di Pinglu County, Shanxi. Pada 2012, Pinglu dinamakan "China's Swan County" oleh Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China. Swan itu dilihat berlatih berlepas, mendarat dan terbang selepas menghabiskan lebih empat bulan di Pinglu Yellow River Wetland. "Oleh kerana perjalanan yang jauh, penerbangan swan akan menggunakan banyak tenaga. Jadi seb...

2.5 juta jemaah serbu Qom Iran pertengahan Sya'ban

Imej
TEHRAN — Kira-kira 2.5 juta jemaah dijangka menyerbu kota suci Qom di Iran pada pertengahan Sya'ban, yang menandakan ulang tahun kelahiran Imam Mahdi (AS), Imam Syiah ke-12, pada 8 Mac, menurut seorang pegawai kanan polis Iran. Brigedier Jeneral Kamal Hadianfar, yang mengetuai Polis Trafik Iran, berkata pada Selasa bahawa langkah-langkah telah disediakan untuk memudahkan pergerakan jemaah di bandar dan bandar berhampiran Jamkaran pada pertengahan Sya'ban. Hadianfar berkata tempat letak kereta dan kemudahan lain akan disediakan untuk jemaah yang ingin melawat Masjid Jamkaran, tempat suci yang dipercayai dibina atas arahan Imam Mahdi, juga dikenali sebagai Imam Zaman. Pertengahan Sya'ban disambut di seluruh dunia sebagai salah satu hari raya terpenting umat Islam Syiah. Sumber — IRNA

Berita lokal terpilih

Imej
  Najib lanjut pengajian pasca siswazah di penjara Bekas petugas Editorial BH dan HM dijemput berkumpul 18 Mac ini Bekas KPN, Musa Hassan kongsi ciri-ciri isteri derhaka Keluarga atlet mati lemas terharu terima pampasan RM52,000 Bekas MB Kedah, Syed Razak meninggal dunia akibat masalah kesihatan Garis panduan laluan kenderaan mikromobiliti dimuktamad Banjir di Batu Pahat masih teruk 'Impian ibu bapa mahu anak jadi menteri punca kemurungan remaja' Gempa bumi sederhana landa Selatan Laut Maluku, Indonesia 2,268 mangsa banjir di Pahang masih di 16 PPS Tembesu, jembal dan manggis antara 11 kayu untuk bina Masjid Iktikaf 'Rugi RM3.17 juta angkara sarung tangan getah' Peniaga maut terkena tayar treler Kereta tayang vest polis kena 3 saman dengan Polis Trafik