Sekurang-kurangnya 33 terbunuh dalam pengeboman Junta di hospital di negeri Rakhine, Myanmar

Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh selepas pasukan junta mengebom sebuah hospital di negeri Rakhine, Myanmar pada Rabu, Anadolu memetik laporan Irrawaddy pada Khamis.

Serangan itu, yang dilaporkan berlaku pada Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa, mencederakan 76 orang, termasuk 27 orang dalam keadaan kritikal.

Penduduk dilapor berkata sebuah jet junta menjatuhkan dua bom seberat 500 paun (226 kilogram) ke atas sebuah hospital awam di pekan Mrauk-U.