Langkau ke kandungan utama

Wanita dirampas Mykad tidak dinafikan rawatan di hospital kerajaan

KUCHING — Seorang pesakit kanser wanita yang dilaporkan mengalami masalah selepas kad pengenalannya dirampas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sejak November tahun lepas tidak pernah dinafikan untuk menjalani rawatan di dua hospital kerajaan di utara Sarawak.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak, Dr Ooi Choo Huck, berkata anak perempuan kepada pesakit berusia 65 tahun itu telah dihubungi dan mengesahkan bahawa pihak Hospital Lawas dan Hospital Miri tidak pernah menolak untuk merawat ibu beliau.

"JKN Sarawak ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan kesihatan telah terus diberi kepada pesakit ini tanpa mengira status pendaftaran MyKad dan kewarganegaraan pesakit berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu susulan laporan sebuah portal berita yang mengatakan wanita berkenaan, Lina Samuel menghadapi kesulitan untuk menjalani rawatan sejak MyKadnya dirampas JPN.

Laporan itu turut menyebut MyKad Lina dirampas sewaktu beliau hendak menukar alamatnya bagi membolehkannya mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 tahun lepas dan pegawai JPN yang bertugas ketika itu memberitahu rampasan itu dibuat atas arahan orang atasan.

Dr Ooi berkata, individu yang dilaporkan dalam portal itu adalah di bawah pemantauan pakar bedah di Hospital Miri yang telah melakukan beberapa prosedur untuk merawatnya antara 15 Feb hingga 20 Mac lepas, selain diberikan janji temu rawatan susulan di klinik pakar hospital itu pada 17 April ini.

"Pesakit berkenaan juga telah mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Lawas pada 1 April 2023, di mana beliau menjalani pemeriksaan serta dirujuk kepada pegawai perubatan yang bertugas atas panggilan dan diberikan rawatan bersesuaian," tambahnya. BH memetik Bernama

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...