Langkau ke kandungan utama

Tertekan hilang kerja punca lelaki lepas geram pecah cermin kereta jiran


KUALA LUMPUR — Tertekan kerana hilang kerja dan marahkan jirannya yang didakwa kerap membuat bising, seorang penganggur bertindak memecahkan cermin kereta milik jirannya itu dengan sebatang kayu di Taman Puchong Perdana, Puchong dekat sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, pemilik kereta iaitu seorang suri rumah berusia 20 tahun terdengar bunyi bising sebelum ternampak jiran lelaki sedang memecahkan kesemua cermin keretanya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata berikutan aduan diterima, polis menahan suspek di tempat kejadian dan merampas sebatang kayu yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Katanya, siasatan mendapati kejadian berpunca akibat suspek mengalami tekanan jiwa selepas hilang pekerjaan selain melepaskan geram kerana jirannya selalu membuat bising.

"Semakan lanjut mendapati suspek yang juga seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

"Suspek sudah pun dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Jumaat lalu.

"Dia mengaku salah terhadap pertuduhan dan mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM3,300," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, lelaki itu gagal membayar denda yang ditetapkan mahkamah, justeru dia ditahan di Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara enam bulan.

Terdahulu, tular satu rakaman video kejadian itu di media sosial menunjukkan seorang lelaki sedang memecahkan cermin sebuah kereta dengan sebatang kayu.

Menerusi rakaman video berdurasi 45 saat itu, suspek dilihat hanya berseluar tiga suku tanpa memakai baju ketika berbuat demikian. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Menteri pendidikan Serbia letak jawatan kerana tembakan di sekolah

BELGRADE — Menteri Pendidikan Serbia Branko Ruzic meletak jawatan pada Ahad berikutan kejadian tembakan minggu lalu di sebuah sekolah rendah di mana lapan kanak-kanak dan seorang pengawal keselamatan terbunuh, di tengah-tengah kemarahan orang ramai mengenai perkara itu dan satu lagi tembakan besar-besaran hanya sehari kemudian. Negara itu terkejut dan berduka atas dua tembakan; pembunuhan beramai-ramai di sekolah di ibu negara pada Rabu dan amuk di luar bandar pada Khamis yang mengakibatkan lapan orang maut. Suspek dalam kedua-dua kes - masing-masing seorang lelaki berusia 13 tahun dan seorang lelaki berusia 20 tahun - berada dalam tahanan. Parti pembangkang, yang menyalahkan kerajaan Perdana Menteri Ana Brnabic kerana gagal menghalang dua amuk itu, telah menyeru penyokong untuk menyertai perarakan antikerajaan pada petang Isnin di Belgrade. Mereka antara lain menuntut peletakan jawatan Ruzic. “Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dan dibesarkan dengan baik, se...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...