WASHINGTON — Iran telah merampas sebuah kapal tangki minyak berbendera Kepulauan Marshall di Teluk Oman ketika ia dalam transit di perairan antarabangsa, kata Tentera Laut Amerika Syarikat pada Khamis.
"Kapal tangki minyak itu mengeluarkan panggilan kecemasan semasa rampasan," tulis Armada Ke-5 AS di Twitter, sambil menambah bahawa ia sedang memantau keadaan.
Tentera laut menggesa agar kapal tangki itu dibebaskan segera. AN memetik Reuters