Langkau ke kandungan utama

Suami isteri maut, anak parah kemalangan

BALING — Sepasang suami isteri maut manakala anak mereka berusia dua tahun cedera parah selepas van jenis Nissan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 41.02 Jalan Kulim/Baling/Grik, di sini malam tadi.

Mangsa yang meninggal dunia adalah Saiful Azmi Razali, 35, dan isterinya, Sailulhayati Mat Isa, 36, manakala anak mereka, Amar Rizqi Saiful Azmi, 2, terbakar pada kulit tangan sebelah kiri dan cedera di bahagian kepala.

Pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu yang juga seorang guru dari Kupang, di sini pula mengalami luka di bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata kemalangan dipercayai berlaku jam 10.15 malam tadi membabitkan dua kenderaan terbabit.

Beliau berkata, hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku dari arah Baling menghala ke Kulim.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, van yang dinaiki tiga sekeluarga itu dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar tembok jambatan di sebelah kiri jalan.

"Kejadian itu menyebabkan van itu berpusing dan pada masa sama, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki yang berada di belakang van berkenaan tidak sempat mengelak serta terlanggar di bahagian hadapan sebelah kiri.

"Akibat kemalangan itu, pemandu van terbabit dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shamsudin berkata, penumpang hadapan van itu iaitu isteri mangsa dipercayai meninggal dunia ketika sedang dirawat di Unit Kecemasan Hospital Kulim (HK).

Beliau berkata, anak lelaki pasangan itu serta dan pemandu kenderaan pacuan empat roda yang mengalami kecederaan kemudian dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

"Mayat mangsa dan isterinya dihantar ke Unit Forensik HK untuk tujuan bedah siasat yang akan dilakukan pagi ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...