Langkau ke kandungan utama

Sindiket 'hawala' tumpas, 3 warga asing dalang urus kiriman wang ke luar negara ditahan


PUTRAJAYA — Jabatan Imigresen menumpaskan kegiatan sindiket pengurup wang didalangi warga asing yang beroperasi secara haram dengan berselindung di sebalik perniagaan restoran dan kedai runcit di sekitar Lembah Klang.

Melalui operasi khas dilancarkan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Jabatan Imigresen dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) pada Ahad dan Isnin lalu, sebanyak 10 premis di beberapa lokasi di ibu negara dan sekitar Selangor diserbu dan sekumpulan 29 warga asing ditahan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata sindiket menggunakan modus operandi beroperasi di restoran, kedai runcit, kedai kosmetik dan kios menjual peralatan elektronik bagi menutup jejak aktiviti mengurup wang tanpa lesen.

"Pasukan operasi menyerbu 10 premis disyaki ada aktiviti pengurup wang tanpa lesen dan dikendalikan oleh warga asing terdiri warga Bangladesh, India dan Indonesia.

"Seramai 29 warga asing ditahan, berusia 29 hingga 40 tahun. Mereka membabitkan 11 lelaki Bangladesh, lima lelaki India, selain masing-masing lapan lelaki dan dua wanita Indonesia, dipercayai berperanan sebagai orang tengah dan menguruskan kiriman wang ke luar negara.

"Sementara itu, masing-masing seorang lelaki warga India, Indonesia dan Bangladesh, semua berusia 30 hingga 45 tahun dipercayai dalang utama sindiket juga berjaya ditahan di tiga lokasi berlainan dan memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ruslin menjelaskan, proses penghantaran wang ke luar negara secara haram dikenali sebagai 'Hawala', iaitu tanpa melalui lingkungan sistem perbankan atau syarikat kewangan rasmi.

"Siasatan mendapati mereka juga mengenakan bayaran yang murah bagi menguruskan kiriman wang keluar negara," katanya.

Katanya, pasukan operasi turut merampas wang tunai berjumlah RM300,527 disyaki hasil aktiviti pengurup wang, telefon bimbit, buku dan dokumen rekod kiriman wang ke luar negara seperti Bangladesh dan Indonesia.

"Berdasarkan jumlah wang tunai yang dirampas, sindiket ini dianggarkan mampu menguruskan kiriman wang ke luar negara mencecah RM108 juta setahun," katanya.

Ruslin berkata, semua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

"Semua warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...