BEIRUT — Serangan udara Israel melanda beberapa tapak di wilayah Homs Syria awal Ahad, mencederakan lima askar, lapor media kerajaan Syria.
Ia menandakan kali kesembilan Israel menyerang sasaran di Syria sejak awal tahun, menurut pemantau Syrian Observatory for Human Rights.
Agensi berita negara SANA, memetik sumber tentera, berkata serangan itu menyasarkan tapak di bandar Homs dan kawasan luar bandar di sekitarnya. Pertahanan udara Syria memintas peluru berpandu dan menembak jatuh beberapa daripadanya, katanya.
Pemantau terbabit melaporkan bahawa peluru berpandu itu menyasarkan tapak tentera Syria dan militia berkaitan dengan Iran, termasuk pusat penyelidikan.
Tiada kenyataan segera daripada Israel mengenai serangan itu. AN