Langkau ke kandungan utama

Pesara guru rugi lebih RM500,000 terpedaya panggilan telefon scam


(Foto hiasan)

IPOH — Seorang pesara guru wanita berputih mata apabila kerugian wang lebih RM500,000 gara-gara terpedaya dengan panggilan 'telefon scam' yang kononnya dari syarikat insurans.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata wanita berusia 59 tahun itu pada mulanya dikatakan mempunyai tuntutan insurans di sebuah hospital swasta sebelum panggilannya disambung kepada 'pegawai polis' untuk siasatan sumber kewangan yang ada dalam akaun wanita itu.

"Wanita itu diminta untuk membuat pindahan keseluruhan wang ke dalam satu akaun miliknya bagi tujuan siasatan sumber kewangan milik mangsa. Akibat cemas dan ketakutan, mangsa telah memberikan semua maklumat kad ATM bank milik mangsa kepada individu itu bagi tujuan siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Yusri berkata, mangsa kemudian menyedari wangnya sebanyak RM585,904.22 telah lesap ketika ingin mengeluarkan wang dari akaun banknya. Mangsa menyedari telah ditipu 'syarikat insurans' itu dan membuat laporan polis.

Justeru, orang ramai diingatkan mengambil langkah berhati-hati bagi mengelak menjadi mangsa 'telefon scam' termasuk tidak melayan panggilan telefon atau mesej individu atau nombor telefon yang tidak dikenali .

"Guna aplikasi whoscall, truecaller dan sebagainya untuk mengetahui identiti pemanggil, jangan mudah panik dan cemas apabila menerima panggilan dari scammer.

"Agensi penguatkuasaan di Malaysia tidak akan menelefon untuk mengugut seraya memberi pilihan untuk "selesai di luar", sentiasa membuat semakan dan pengesahan dengan jabatan atau agensi yang berkaitan," katanya. BH memetik Bernama 

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...