![]() |
Sheikh Abdulrahman Al-Sudais membantu seorang kanak-kanak memakai gelang pengenalannya di Masjidil Haram di Makkah. (@ReasahAlharmain) |
RIYADH — Peranti digital yang mencetak gelang pengenalan bagi kanak-kanak melawat Masjidil Haram di Makkah dilancarkan pada Khamis.
Presiden Presidensi Umum bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdulrahman Al-Sudais, melancarkan peranti itu sebagai sebahagian daripada program "Anak-anak anda selamat bersama kami".
Gelang tangan dicetak dengan nama kanak-kanak dan nombor telefon ibu bapa mereka bagi memastikan mereka selamat ditemui jika tersesat.
Peranti itu terletak di tempat pengedaran di pintu utama masjid, termasuk pintu Raja Abdulaziz dan Al-Salam. AN