NILAI — Seorang lelaki suspek kes cabul remaja perempuan berstatus orang kurang upaya (OKU) di sebuah pangsapuri di sini, ditahan polis petang semalam.
Suspek berusia 50-an itu ditahan di sekitar lokasi di Bandar Baru Nilai sini, kira-kira jam 4 petang.
"Pada jam 6.23 petang Jumaat lalu, kaunter pertanyaan Balai Polis Nilai menerima aduan daripada seorang remaja perempuan berumur 14 tahun yang mendakwa dicabul oleh seorang pengawal keselamatan di sebuah pangsapuri di Nilai.
"Susulan laporan berkenaan, kita menggerakkan operasi mengesan suspek dan menahan lelaki tempatan berusia 50-an," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, suspek direman sehingga 22 April bagi membantu siasatan.
"Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu.
"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya. BH