Langkau ke kandungan utama

Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 layak mohon RMR

KUALA LUMPUR — Kerajaan menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah bagi permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) daripada RM3,000 kepada RM5,000.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata langkah itu bagi membuka lebih banyak peluang kepada rakyat untuk membuat permohonan.

"Bagi menangani isu peningkatan harga barang asas binaan yang tidak menentu, beberapa langkah proaktif diambil untuk memastikan harga sebuah unit RMR yang perlu dibayar pemohon baharu terus kekal dengan harga subsidi dari kerajaan.

"Harga itu bermula RM55,000 sehingga RM75,000 mengikut kategori masing-masing, ...program RMR akan terus mendapat pengekalan subsidi sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah.

"Ini bermakna bayaran bulanan untuk program RMR kekal seperti sedia kala, iaitu serendah RM300 sebulan selama 16 hingga 25 tahun," katanya, di sini hari ini.

Terdahulu, Kor Ming menyerahkan surat tawaran dan kunci rumah kepada 40 penerima RMR bagi negeri Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.

Majlis sama turut berlangsung di seluruh negara membabitkan 180 penerima secara keseluruhannya.

Program RMR diwujudkan bagi membantu golongan sasar yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina kediaman sendiri yang sempurna dan selesa.

Kor Ming berkata, sebanyak 56,002 unit RMR berjaya dibina Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dalam tempoh 31 tahun sehingga Mac lalu sejak ia diperkenalkan pada 2002.

Pada tahun ini, katanya, sebanyak 4,250 unit RMR di seluruh negara dijangka dibina dengan peruntukan RM358 juta seperti mana diumumkan dalam Belanjawan 2023.

Dalam majlis sama, SPNB turut menyerahkan sumbangan wang tunai kepada Pertubuhan Pembangunan Kebajikan Darul Ilmi Malaysia, Gombak, Selangor sebagai salah satu daripada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...