Langkau ke kandungan utama

Pekerja dobi didakwa ugut bunuh bekas isteri



MELAKA — Seorang pekerja dobi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini, atas tuduhan mengugut bunuh bekas isterinya kerana enggan menandatangani Surat Perjanjian Pertukaran Hak Milik Rumah, bulan lalu.

Tertuduh, P Chandramohgan, 47, dari Taman Gangsa Impian, Durian Tunggal, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menakutkan secara jenayah bekas isterinya, S Wairavi, 44, dengan mengugut membunuh wanita itu kerana enggan menandatangani dokumen itu di No 1, Jalan MMJ 9, Taman Mas Merah Jaya, di sini, pada 1 Mac lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri, manakala tertuduh belum diwakili peguam.

Susulan pengakuan tidak bersalah oleh tertuduh, pendakwaan menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa melalui apa juga medium.

Tertuduh merayu jaminan rendah atas alasan dia hanya bekerja dobi dengan pendapatan RM3,000 sebulan serta menanggung empat anak.

Katanya, dia hanya menyediakan RM2,000 disebabkan baru dimaklumkan kes itu petang semalam.

"Sebenarnya bekas isteri sengaja tuduh saya. Saya tidak faham mengapa, sedangkan ada perintah mahkamah tinggi rumah itu perlu dijual dan hasilnya dibahagi dua," katanya.

Majistret, Sharda Shienha Mohd Suleiman, membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 berserta syarat tambahan seperti dipohon pendakwaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 17 Mei depan bagi serahan dokumen. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...