Langkau ke kandungan utama

Netizen mahu usia persaraan kembali 50-55 tahun, beri peluang bakat baru

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR — Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun.

Hasil tinjauan di Twitter membabitkan 900 pengguna selama lapan jam mendapati 77 peratus bersetuju supaya umur persaraan dikekalkan kepada 60 tahun.

Sembilan peratus bersetuju supaya kerajaan menaikkan umur persaraan kepada 65 tahun dan 14 peratus lagi memberikan pandangan sendiri.

Pada Ahad lalu, Penasihat Buruh Antarabangsa Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), Callistus Antony D'Angelus, dilaporkan berkata golongan pekerja perlu diberi pilihan umur bersara, sama ada 60 atau 65 tahun bagi menamatkan perdebatan mengenai had usia persaraan.

Ia susulan cadangan terbaru supaya kerajaan meningkatkan had umur bersara daripada 60 tahun ketika ini kepada 65 tahun seperti dilaksanakan di beberapa negara maju termasuk Singapura.

Sementara itu, pelbagai pandangan diberikan pembaca dalam ruangan komen tinjauan berkenaan.

"Sebab orang tua tak nak pencen habis anak-anak muda tiada penempatan. Jawatan-jawatan tinggi semua berat nak tinggalkan jawatan, anak muda dapat jawatan yang cikai-cikai," kata @VirgoDesire.

"Yang lepas graduan tu nak buat apa," kata @vsptime.

"Dah tua baik jaga cucu je. Kalau betul pun masih diperlukan buat je la jemputan. Tak payah semua nak dibantai 65, dah sampai masa berehat," kata @MatGmadness.

Sementara itu, rata-rata komen daripada pengguna lain mencadangkan supaya umur persaraan dikurangkan ke 50 hingga 55 tahun, iaitu had umur bersara penjawat awam yang ditetapkan pada tahun 2001.

Baru-baru ini, Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) menjangkakan had usia persaraan di negara ini akan dinaikkan daripada 60 ke 65 tahun dalam beberapa tahun akan datang.

Ketua Ekonomi, Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, berkata had usia persaraan beberapa negara boleh dijadikan contoh dalam memanfaatkan pekerja berusia untuk keberhasilan negara.

Beliau berkata, persaraan wajib di Malaysia yang ditetapkan pada usia 60 tahun secara relatifnya lebih rendah berbanding negara lain, contohnya usia persaraan di Jepun ditetapkan pada usia 65 tahun dengan saiz warga emas tertinggi di negara itu.

"Di Australia, usia persaraan telah dinaikkan secara beransur-ansur daripada 65 kepada 67 tahun. Di sesetengah negara Eropah, usia persaraan adalah lebih tinggi. Sebagai contoh, di Perancis ditetapkan pada usia 62 tahun, manakala di Jerman pada usia 65 tahun.

"Usia persaraan di sesebuah negara adalah penunjuk buruh dan sosial yang penting, yang juga adalah instrumen dasar.

"Menaikkan usia persaraan akan menggalakkan kestabilan kewangan dan kebajikan pekerja, meningkatkan bekalan buruh, menyumbang hasil cukai dan mengurangkan tekanan fiskal kepada kerajaan," katanya.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman, berkata lanjutan had usia bersara daripada 60 kepada 65 tahun tidak sesuai dilaksanakan di negara ini berikutan isu yang lebih mendesak adalah penyediaan peluang pekerjaan untuk golongan belia.

MEF katanya, kekal dengan pandangan had usia bersara tidak perlu dilanjutkan kerana negara tidak tidak mengalami kekurangan bakat atau sumber.

"MEF berpandangan ketika ini bukan masa untuk lanjutkan usia bersara.. 60 tahun sudah memadai dalam kebanyakan pekerjaan walaupun ada yang benarkan (bekerja) hingga 65 tahun.

"Hari ini masih terdapat pengangguran dalam kalangan belia. Kita perlu memastikan belia kita bekerja. Yang penting keutamaan diberikan kepada mereka," katanya. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...