Langkau ke kandungan utama

Merokok, vape punca sperma lelaki Malaysia tidak berkualiti

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR — Tabiat merokok dan juga menghisap vape kini didakwa punca utama kepada masalah kesuburan lelaki negara ini.

Pakar Perunding Reproduktif Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhammad Azrai Abu, berkata tabiat ini membawa kesan yang lebih buruk lagi berbanding cara pemakanan.

"Merokok dan menghisap vape ini memberi kesan yang sangat teruk kepada lelaki, kesannya ia akan menyebabkan kadar penghasilan sperma itu berkurangan.

"Selain itu pemakaian seluar yang ketat juga menyumbangkan kepada masalah ini kerana aliran darah tidak dapat mengalir ke bahagian testis untuk menghasilkan sperma.

"Sebagai seorang lelaki, individu ini perlu tahu bagaimana cara untuk menjalani kehidupan tanpa menjejaskan tahap suburan mereka.

"Perkara yang perlu dielakkan adalah pemakaian seluar yang terlalu ketat, berhenti merokok dan vape dan juga kurangkan melakukan kerja yang boleh memberikan tekanan yang melampau," katanya kepada BH, hari ini.

Dr Muhammad Azrai berkata, kesedaran menjaga kesuburan ini perlu datangnya daripada diri sendiri, walaupun harga rokok dan vape dinaikkan, sekiranya tidak ada kesedaran, mereka tetap akan membelinya.

Mengulas lanjut, beliau berkata sekiranya masalah ini berterusan pada masa hadapan, negara ini akan dipenuhi oleh warga tua.

"Jika dibiarkan berterusan, kita tidak akan ada pewaris yang boleh menggantikan orang yang sudah meninggal dunia.

"Secara tidak langsung, pertumbuhan negara akan terkesan, ia akan mengganggu pertumbuhan negara daripada segi tenaga kerja dan pertumbuhan ekonomi," katanya.

Dr Muhammad Azrai turut menasihatkan pasangan yang masih belum mempunyai anak selepas dua tahun perkahwinan untuk melakukan pemeriksaan di klinik untuk melakukan ujian kandungan sperma.

"Kita boleh memberikan rawatan. Memang kuantiti sperma itu tidak dapat ditingkatkan sekiranya penghasilannya sudah rosak tetapi kuantitinya masih boleh ditingkatkan.

"Kita akan berikan nutrien yang spesifik untuk pertumbuhan sperma seperti zink dan beberapa nutrien lain supaya sperma lebih aktif.

"Contohnya kuantiti normal sperma adalah 15 juta tetapi suami hanya mampu hasilkan 10 juta sperma, jadi kita mahu kesemua 10 juta sperma itu boleh digunakan," katanya.

Terdahulu Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu, berkata berdasarkan data ujian analisis sperma makmal Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia (LPPKN) yang mendapati sebanyak 60 peratus menunjukkan keputusan abnormal.

"Perkara berkenaan secara langsung menyumbang kepada peningkatan masalah kesuburan dalam pasangan berkahwin di Malaysia.

"Pada masa yang sama kadar kelahiran di negara kita juga menunjukkan trend penurunan sejak 40 tahun lepas dan ia berkait rapat dengan kadar kesuburan dengan data 2021 Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan 1.7 orang anak bagi setiap wanita berkahwin," katanya dalam dewan negara semalam.

Pakar Perunding (Urologi) Jabatan Surgeri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Ahmad Nazran Fadzli, berkata melalui data yang ditunjukkan, 60 peratus ini adalah daripada keluarga yang mempunyai masalah untuk melahirkan anak, bukannya 60 daripada 100 lelaki biasa mempunyai masalah sperma.

"Ujian ini dilakukan kepada pasangan yang bermasalah untuk mendapatkan anak sahaja. Ujian ini tidak dilakukan kepada orang awam secara terbuka seperti ujian tekanan darah dilakukan.

"Pada 2019, ada seorang doktor di Terengganu melakukan kajian daripada 300 pasangan yang bermasalah untuk mendapatkan anak, 23 peratus sahaja yang mempunyai masalah sperma tidak normal.

"Isu tidak dapat melahirkan anak bukan sahaja disebabkan sperma abnormal tetapi disumbangkan oleh masalah yang dihadapi kedua-dua pihak lelaki dan pihak perempuan," katanya.

Beliau turut berkata, walaupun memiliki sperma yang abnormal, pasangan masih lagi boleh mendapatkan anak. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...