PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk keras sebarang bentuk keganasan susulan serangan udara yang mengorbankan kira-kira 100 orang termasuk kanak-kanak di wilayah Sagaing, Myanmar, semalam.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata Malaysia melahirkan kebimbangan dengan perkembangan dan insiden yang semakin meningkat di negara berkenaan.
"Malaysia kekal dengan pendirian menentang sebarang bentuk keganasan yang semakin meningkat di Myanmar dan itu juga adalah pendirian ASEAN.
"Jadi, sebarang tindakan yang akan diambil, akan dilakukan secara konsensus dalam kalangan negara ASEAN dan apa yang pasti kami menentang sebarang bentuk layanan kasar khususnya terhadap orang awam," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Iftar Kementerian Luar di Wisma Putra di sini, hari ini. BH