Langkau ke kandungan utama

Lelaki dipenjara sebulan, didenda RM6,000 curi baju Melayu

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mencuri lima pasang baju Melayu bernilai RM1,930, minggu lalu.

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Saipullizan Mohd Yusop, 54, selepas dia mengaku bersalah mencuri baju Melayu jenama Pasha milik Kedai Haute & Gold Trendstop di ruang legar aras bawah, pusat beli-belah Avenue K, Jalan Ampang, di sini, antara 1 tengah hari dan 7 malam, 9 hingga 10 April lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua dan seterusnya, hendaklah diseksa dengan penjara atau sebat.

Mahkamah memerintahkan tertuduh yang tidak bekerja menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 10 April lalu dan dipenjara sebulan lagi, sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut fakta kes, pada 9 April jam 1 tengah hari tertuduh pergi ke kawasan reruai di tempat kejadian dan mengambil tiga pasang baju Melayu dari rak jualan kemudian memasukkannya ke dalam beg plastik, sebelum melarikan diri tanpa membuat sebarang bayaran.

Tertuduh kemudian menjual tiga pasang baju itu dan hasil jualan digunakan untuk membeli makanan dan bekalan dadah.

Keesokan harinya, pada 10 April jam 5.20 petang, tertuduh sekali lagi pergi ke reruai baju berkenaan dan mengambil dua pasang baju Melayu menggunakan cara sama untuk dijual dan jam 7 malam pada hari sama.

Dia sekali lagi cuba mencuri baju Melayu di reruai sama, namun berjaya ditangkap sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Diana Mohamad Saad memohon hukuman berat berbentuk pengajaran dan pencegahan terhadap tertuduh mengambil kira faktor kerugian dialami oleh pengadu (peniaga).

“Saya percaya tertuduh tidak menunjukkan tanda keinsafan kerana dia pergi ke tempat sama untuk mencuri sebanyak tiga kali, sebelum berjaya ditangkap. Tertuduh juga bukanlah pesalah kali pertama kerana sebelum ini dia pernah dijatuhi hukuman atas kesalahan sama sebanyak dua kali pada 2017 dan 2014.

“Mohon mahkamah mempertimbang juga hukuman sebatan agar tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama di masa akan datang,” kata Nur Diana.

Peguam Nicholas Cheoh, yang mewakili Saipullizan memohon hukuman penjara minimum atas alasan anak guamnya menanggung isteri dan seorang anak selain pengakuan salahnya menjimatkan kos dan masa mahkamah. BH memetik Bernama

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...