Langkau ke kandungan utama

'Lari selepas terdengar bunyi misteri daripada beg plastik di hadapan masjid'


Foto hiasan

PASIR GUDANG — "Kami pada awalnya lari menjauhkan diri selepas terdengar bunyi misteri daripada beg plastik di hadapan masjid dan tidak menjangka ia sebenarnya bayi perempuan yang ditinggalkan," kata seorang remaja lelaki, Mohd Iqram Haqeem Abdullah, 14.

Mohd Iqram berkata, kejadian berlaku pada waktu subuh kira-kira jam 4 pagi Sabtu lalu ketika dia bersama tiga rakan sekolah yang juga jirannya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bersahur di sebuah restoran berhampiran.

Menurutnya, mereka yang mahu singgah di masjid untuk ke tandas terkejut terdengar bunyi misteri di tepi pagar Masjid An-Nur Taman Cendana serta bertindak menahan sebuah van kilang bagi mendapatkan bantuan.

Katanya, lelaki yang memandu van kilang berkenaan yang berhenti lalu memeriksa beg berkenaan mendapati seorang bayi perempuan berbalut tuala berwarna kuning.

"Kami bertambah panik kerana ia merupakan kali pertama berdepan situasi seumpama itu, pemandu van berkenaan bertindak menghubungi talian kecemasan sebelum menyerahkan bayi kepada seorang petugas di masjid.

"Kami bersyukur kerana tidak meninggalkan bayi itu walaupun pada awalnya bimbang mendengar bunyi misteri itu.

"Selepas pulang ke rumah kami berkongsi pengalaman berkenaan bersama ahli keluarga dan mereka bertindak memuji tindakan kami menyelamatkan bayi berkenaan terutama pada bulan Ramadan ini," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Cendana, Shamsul Bahrin Ibrahim berkata, kejadian itu berlaku kali pertama dalam sejarah kewujudan kawasan perumahan itu kira-kira 20 tahun.

Menurutnya, kemungkinan pelaku beranggapan kawasan berkenaan adalah tempat kunjungan kariah masjid yang mungkin dapat menyelamatkan bayi berkenaan.

"Bayi berkenaan bernasib baik kerana diselamatkan sekumpulan pelajar sekolah, jika ia terus berada di situ mungkin berlaku kejadian tidak diingini berikutan lokasi itu kawasan anjing liar berkeliaran.

"Kami berharap perbuatan seumpama itu adalah kali terakhir kerana ia boleh menimbulkan suatu budaya yang tidak sepatutnya menjadi ikutan dan dicontohi.

"Apa pun kami berharap pelaku berkenaan dikesan secepat mungkin dan diharap bayi berkenaan diberi kesihatan yang baik.

"Bayi berkenaan adalah istimewa, kami anggap sebagai anak angkat sukarelawan dan komuniti kawasan perumahan ini, kami juga tidak sabar bagi mengetahui perkembangannya serta mendoakannya," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya mengesahkan menerima maklumat penemuan seorang bayi perempuan cukup sifat dan masih bernyawa di hadapan Masjid An Nur di Taman Cendana pada 5.20 pagi pada 1 April lalu.

"Bayi dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

"Keadaan bayi sihat dan normal serta kes disiasat mengikut Seksyen 317KK (buang bayi)," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Adnan Md Yassin berkata, bayi berkenaan dipercayai berusia anggaran tiga hari ketika ditemui.

"Sehingga kini tiada waris bayi yang tampil menuntutnya.

"Perintah Jagaan Sementara di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Johor Bahru akan dipohon bagi membolehkan pelindung kanak-kanak menguruskan dokumen-dokumen berkaitan pengenalan diri kanak-kanak," katanya ketika dihubungi. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...