Langkau ke kandungan utama

Kempunan pakai jam Rolex, wanita rugi lebih setengah juta

SIBU — Terpedaya dengan iklan jam tangan mewah jenama Rolex yang dijual pada harga murah di media sosial, seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian RM526,400.

Wang terbabit dikatakan dibayar mangsa yang berusia lingkungan 60-an melalui beberapa transaksi untuk pembelian empat jam tangan jenama mewah itu, namun sehingga kini tiada satu pun barangan terbabit diterimanya.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili, berkata mangsa mengenali suspek menerusi aplikasi WeChat sejak awal bulan Februari lalu, sebelum berurusan dengannya kerana tertarik dengan jam Rolex yang ditawarkan pada harga murah.

"Mangsa membuat pembayaran melalui sembilan transaksi ke satu akaun bank tempatan antara 15 hingga 27 Februari lalu dengan jumlah keseluruhan RM526,400.

"Namun sehingga kini mangsa belum menerima jam tangan dibelinya dan suspek pula gagal dihubungi," katanya mengesahkan mangsa membuat laporan polis selepas menyedari dirinya ditipu.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Zulkipli menasihatkan orang ramai membuat semakan sebelum meneruskan pembelian dalam talian terutamanya apabila harga ditawarkan jauh lebih murah berbanding harga asal.

"Orang ramai boleh merujuk Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 atau melayari laman Facebook @CyberCrimeAlertRMP@JSJKPDRM bagi mendapatkan khidmat nasihat serta maklumat lanjut berhubung sesuatu perkara yang mencurigakan.

"Selain itu, orang ramai juga boleh merujuk laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ untuk pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui," katanya. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...