Langkau ke kandungan utama

Kekosongan jawatan guru akan diisi segera


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (dua dari kanan) bergambar dengan sebahagian guru pada majlis iftar bersama warga pendidik di Institut Pendidikan Guru Perlis, malam tadi. Foto BERNAMA

KANGAR — Kekosongan jawatan disebabkan guru bersara awal, akan diisi segera bagi memastikan ekosistem pendidikan tidak terganggu akibat kekurangan guru.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, pihaknya mengambil maklum terhadap isu yang berlaku, namun melihat sitiuasi guru bersara awal tidak dipengaruhi oleh sebab negatif semata-mata.

"Kita ambil maklum (isu guru bersara awal) memang ada, tetapi ada banyak faktor sebenarnya dan ia bukanlah disebabkan faktor negatif semata-mata.

"Ada guru bersara awal ini disebabkan atas faktor keluarga dan kewangan yang sudah stabil. Ada juga kerana isu lain seperti isu kesihatan, kesenjangan menguasai digital dan masalah lain seperti masalah mental.

"Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa mengambil serius isu ini dan disebabkan itu, kita sediakan pelbagai langkah menangani perkara ini, termasuk berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk memastikan tempat guru yang bersara awal ini segera diganti," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis iftar bersama warga pendidikan di Institut Pendidikan Guru Perlis, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, pihaknya sentiasa meningkatkan profesionalisme supaya guru boleh terus bertahan dalam sistem pendidikan.

Beliau berkata, KPM juga mewujudkan ekosistem sokongan, yang berkait rapat dengan hubungan kesihatan mental dan emosi, sokongan profesionalisme dan pembangunan supaya guru dapat melihat hala tuju kerjaya mereka dengan jelas.

Tahun lalu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam satu kenyataan menganggarkan, lebih 10,000 guru membuat pilihan bersara awal setiap tahun.

Angka itu jauh lebih tinggi berbanding yang statistik dikeluarkan KPM pada 2021 iaitu sebanyak 4,360 permohonan persaraan pilihan dibuat oleh guru, bermula Januari tahun sama.

Media sebelum ini melaporkan, antara sebab guru mahu bersara awal adalah disebabkan sistem pendidikan negara, ditambah dengan tekanan kerja menyebabkan golongan pendidik lesu dan mendorong mereka untuk 'menarik diri' selepas berpuluh tahun berkhidmat sebagai guru. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...