Langkau ke kandungan utama

Johari minta kerajaan pertimbang cadangan pengeluaran KWSP secara terus


KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani meminta kerajaan mempertimbang cadangannya supaya pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibuat secara terus berbanding dijadikan cagaran untuk pinjaman bank.

Beliau berpandangan mekanisme pengeluaran secara terus adalah lebih memudahkan mereka yang mahu membuat pengeluaran wang simpanan daripada Akaun 2 masing-masing.

Naib Presiden UMNO itu berkata, langkah menjadikan simpanan KWSP sebagai sandaran permohonan pinjaman bank hanya akan membebankan pencarum kerana mereka perlu membayar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman.

Bagaimanapun, beliau menegaskan cadangan pengeluaran simpanan KWSP itu mesti tertakluk pada tujuan tertentu seperti pendidikan dan kesihatan, atau akan menyebabkan ramai pencarum mahu mengeluarkan simpanan masing-masing tanpa sebab seperti sebelum ini.

"Hakikatnya kalau kita nak mencagarkan simpanan kita dalam KWSP, ia memerlukan penelitian banyak perkara, antaranya dari segi perundangan, selain kita kena bayar faedah bila kita cagar.

"Ada mekanisme yang lebih mudah untuk kita bantu mereka (pengeluaran simpanan KWSP secara terus), tapi kena bersebab. Tak ada sebab, tak boleh keluarkan.

"Kalau tak ada sebab, semua orang nak ambil. Itu yang berlaku sebelum ini ketika COVID-19, di mana RM145 bilion keluar daripada KWSP dan ramai yang tak perlu pun ambil juga hingga menjejaskan simpanan masa depan mereka.

"Untuk cadangan saya (pengeluaran simpanan KWSP secara terus), mungkin mereka (kerajaan) boleh perincikan," katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Kampung Baru di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada cadangannya supaya pengeluaran wang KWSP kepada mereka yang memerlukan dibuat secara terus berbanding dijadikan cagaran bank, sudah disuarakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahad lalu, media melaporkan Johari berpandangan adalah lebih mudah membenarkan orang ramai mengeluarkan simpanan KWSP secara terus, namun ia hanya dibenarkan bagi mereka yang memerlukan dana untuk kecemasan seperti perubatan atau pendidikan.

Menurut Johari, peminjam akan dibebani dengan bayaran faedah yang dikenakan ke atas pinjaman jika simpanan KWSP digunakan sebagai sokongan permohonan pinjaman, selain skim itu menyebabkan masalah kepada bank kerana proses berkenaan memerlukan semakan kredit dan penyediaan perjanjian undang-undang.

"Jadi, jika anda mengambil pinjaman sebanyak RM70,000 dan membayar faedah, katakan lima peratus setahun, ia akan menjadi RM3,500. Sepanjang 10 tahun, ia menjadi RM35,000. Sedangkan KWSP tidak boleh menjamin pulangan lima peratus ke atas baki anda.

"Jumlah bersih daripada pinjaman RM70,000 selepas ditolak bayaran faedah ialah RM35,000. Dalam kes sedemikian, adalah lebih masuk akal bagi pencarum untuk mengeluarkan RM35,000 terus daripada Akaun 2. Dia (pencarum) tidak perlu membayar satu sen faedah," katanya.

Minggu lalu, KWSP mengeluarkan satu kenyataan yang memperincikan mengenai mekanisme, terma dan syarat Fasiliti Sokongan Akuan 2 (FSA2) yang kini boleh digunakan sebagai cagaran kepada pinjaman bank yang dibuat oleh pencarum.

Menurut kenyataan itu, pencarum KWSP berusia 40 hingga 50 tahun yang mempunyai tabungan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 masing-masing layak membuat pinjaman bank mulai Jumaat lalu.

Dua bank tempatan menyediakan kemudahan pinjaman berkenaan iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank dengan kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) antara 4 hingga 5 peratus, lebih rendah berbanding kadar pasaran semasa iaitu 8 hingga 15 peratus. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...