Langkau ke kandungan utama

Impian tunai umrah musnah, 15 sekeluarga rugi RM120,000


KUALA TERENGGANU — Impian seorang penjawat awam bersama 14 ahli keluarganya menunaikan ibadah umrah tidak kesampaian, selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan syarikat pengendali pakej ibadat itu.

Semua mangsa yang berusia antara 10 hingga 70-an sudah membuat pembayaran RM7,920 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan kerugian bernilai hampir RM120,000.

Mangsa, Ahmad Kashfi Ab Rahman, 57, berkata dia bersama keluarganya membeli pakej umrah dengan syarikat yang beroperasi di Alor Setar, Kedah itu, sepatutnya berlepas ke Tanah Suci pada 28 Februari lalu.

Katanya, syarikat berkenaan kemudian memaklumkan penerbangan itu terpaksa ditunda dengan alasan tiada penerbangan pada tarikh berkenaan.

"Syarikat itu memberikan tarikh baharu pada 3 Mac lalu namun sekali lagi ia ditunda dan sehingga kini, tiada tarikh baharu yang diberikan malah cubaan kami menghubungi mereka juga gagal.

"Saya juga ada menghantar surat tuntutan melalui pos, emel dan WhatsApp kepada ibu pejabat syarikat berkenaan namun tidak mendapat sebarang maklum balas," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini hari ini.

Ahmad Kashfi berkata, mereka berminat untuk mengambil pakej umrah dengan syarikat berkenaan kerana tertarik dengan tawaran syarikat berkenaan yang berjanji akan menguruskan rawatan hemodialisis abangnya, selain memberi perhatian kepada ibunya yang uzur.

"Tawaran itu yang membuatkan kami tertarik dan tidak sangka kami sekeluarga menjadi mangsa penipuan.

"Saya berharap kami mendapat kembali wang, selain berharap kejadian ini dapat membuka mata kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, laporan dibuat membabitkan sebuah agensi pengendali umrah di Alor Setar, Kedah namun pemindahan wang dilakukan di Terengganu.

"Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya. BH

Catatan popular daripada blog ini

5 penderma teratas dana gempa Turkiye

Khemah bagi orang terlantar berikutan gempa bumi di Adiyaman, tenggara Turkiye, 25 Mac 2023. (AFP) RIYADH — Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi dan negara penderma lain yang menyumbang untuk meningkatkan lebih satu perempat daripada rayuan kilat dikeluarkan oleh PBB berikutan gempa bumi dahsyat di Turkiye, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA). PBB berkata ia telah mengumpulkan $268 juta sebagai tindak balas kepada rayuan dana kemanusiaan $1 bilion untuk kerja bantuan di Turkiye berikutan gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari dan gegaran susulannya yang memusnahkan sebahagian besar Turkiye tenggara dan sebahagian Syria yang dilanda perang. Jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Jens Laerke berkata, 27 peratus daripada rayuan telah dibiayai dan penderma terbesar ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Kuwait, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat PBB, sambil menggesa negara-negara u...

Perkhidmatan pengintip Rusia berkata, AS latih militan untuk menyerang Rusia

MOSCOW — Perkhidmatan perisik asing Rusia berkata pada Isnin, ia telah menerima risikan bahawa tentera AS sedang melatih militan Islam untuk menyerang sasaran di Rusia dan bekas Kesatuan Soviet. Perkhidmatan Perisikan Asing Rusia, diketuai oleh sekutu Presiden Vladimir Putin, berkata ia mempunyai risikan bahawa 60 militan seperti itu daripada kumpulan yang bergabung dengan Daesh dan Al-Qaeda telah direkrut dan sedang menjalani latihan di pangkalan Amerika di Syria. “Mereka akan ditugaskan untuk menyediakan dan melakukan serangan pengganas terhadap diplomat, penjawat awam, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota angkatan tentera,” kata Perkhidmatan Perisikan Asing, dikenali SVR. "Perhatian khusus diberikan untuk menarik pendatang dari Caucasus Utara Rusia dan Asia Tengah," kata SVR dalam satu kenyataan. Agensi itu tidak menerbitkan risikan di sebalik dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkannya secara bebas. SVR, pernah menjadi sebahagian darip...

Tahi itik, jala emas, buah tanjung tetap jadi pilihan Ramadan di Kelantan

Tahi itik - (Foto Wikipedia) KOTA BHARU — Kuih tradisi Kelantan seperti tahi itik, jala emas dan buah tanjung tetap menjadi pilihan utama orang ramai di negeri ini, untuk dijadikan juadah manisan untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. Pengusaha kuih tradisional, Mohammed Omar, 65, berkata permintaan bagi semua kuih berkenaan meningkat berbanding hari biasa menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang datang membelinya di rumah. Katanya, setiap hari dia memerlukan 3,000 biji telur ayam untuk membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu jala emas dan buah tanjung yang menggunakan seratus peratus telur kuning, manakala telur putih digunakan untuk membuat kuih tahi itik. "Saya sudah lebih 20 tahun berniaga menjual kuih bersama arwah isteri, Fatimah Nik Salleh yang meninggal dunia tujuh tahun lalu dan resepi untuk membuat semua kuih ini adalah daripadanya yang memiliki rasa sedap serta tidak terlalu manis dan rasa itu dikekalkan sehingga ke hari ini. ...